Saturday, July 13, 2013

Exco DAP Dedahkan Rahsia Zin Mohamed - Tak Mahu 18 Ekar, Tapi Mahu 100 Ekar


Ketua UMNO Bahagian Sepang DS Zin Mohamed yang telah menjadi wakil rakyat di situ sejak 2004 tetapi telah dikalahkan oleh calon PAS Hanipa Maidin pada PRU13 yang lalu.

Blog The Unspinners menulis, kekalahan  Zin disebabkan  ahli UMNO Sepang tidak mengundi Ketua Bahagian mereka dan sebaliknya sanggup pula memilih Imam Syiah (merujuk kepada Hanipa) sebagai wakil rakyat. [Baca SINI].

Tapi hakikatnya, bukan segelintir ahli UMNO sahaja yang menjadi punca, tetapi ada faktor lain termasuklah 'Chinese Tsunami' yang mendorong kekalahan Zin.

Dalam keadaan  Zin tidak lagi menjadi wakil rakyat Sepang, tiba-tiba namanya disebut oleh Exco Pekerja Ladang, Kemiskinan, Kerajaan Prihatin Selangor, V Ganabatirau sebagai 'wakil rakyat yang tidak berpuas hati' dengan 18 ekar, tetapi mahukan 100 ekar.

Akan tetapi 100 ekar yang diminta adalah bertujuan untuk perumahan penempatan semula bekas pekerja-pekerja dari Estet-Estet Perang Besar, Medingly, Galloway dan Sedgley yang kehilangan tempat tinggal kerana memberi laluan kepada pembangunan Putra Jaya.

Rupanya, ada juga yang diperjuangkan oleh Zin untuk rakyat di Sepang seperti yang dipetik dari kenyataan Ganabatirau yang tersiar di Media Selangorku.

Petikan dari Media Selangorku

2 comments:

Anonymous said...

member dah kayaraya,skrg pon lepak uk, hantar dukumen pakai poslaju , tak leh pakai ......

Anonymous said...

udah kayoo..