Thursday, July 11, 2013

Tahaluf Siyasi - Ijtihad PAS Yang Untungkan DAP Bhg 2


Bagaimana PAS hendak mendabik dada dengan 'Tahaluf Siyasi' walhal mereka sendiri dalam keadaan yang tidak dominan dalam Pakatan Rakyat? Pada hari ini sahaja DAP tampil dengan 2 tuntutan pindaan terhadap perkara berkaitan Islam.

Isu pertama ialah apabila sekumpulan Ahli Parlimen DAP yang terditi Nga Kor Ming (Taiping), Dr Ko Chung Sen (Kampar) dan V Sivakumar (Batu Gajah) menuntut Jabatan Peguam Negara agar menasihati lima kerajaan negeri (Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Sarawak dan Melaka) meminda enakmen masing-masing supaya seragam berhubung pemelukan agama Islam oleh kanak-kanak bawah umur 18 tahun.

Isu kedua ialah desakan mengeluarkan subjek Tamadun Islam dari IPT swasta kerana bagi DAP, berlaku unsur paksaaan terhadap pembelajaran subjek berkenaan.

Malah dengan angkuh, Dr Ko Chung Sen yang bercakap bagi pihak DAP menyatakan bahawa tiada sebarang universiti terkemuka dunia yang mewajibkan subjek bertegas agama. Tambahan pula menurut Ko, subjek berkaitan agama tidak membantu untuk menjadi doktor, peguam mahupun jurutera.

Apa yang PAS akan jawab berkenaan hal ini?

4 comments:

Anonymous said...

Pas akan jawab,demi kuasa apa-apa pun menjadi sah atau halal walaupun asalnya haram atau tak sah...

Anonymous said...

Pas sudah tekad untuk hidup dan mati sebagai kaldai dapig. Pas juga akan kata tamadun islam tak di ajar mana2 universiti negara islam.

Tamadun pas ialah mencaci, memfitnah, mengkafir orang2 islam yang tak menyokong parti politik mereka. Meludah muka orang yang nak berdamai adalah ajaran suci mereka. Ayat2 alquran hanya sebagai bahan jualan puisi berlapik untuk mengelirukan melayu yang tak berilmu.

Zailani Ahmad said...

Jangan terlalu emosi kita tunggu je apa statement Haji Hadi nanti....paling tidak pun dia akan cakap takpe...apa2 pun kita akan buat sembahyang hajat utk melembutkan hati kawan2 kita didalam DAP (pakatan)agar tidak meneruskan niat mereka....

hangkedee said...

Apa yang akan di kata oleh Hj Hadi "Kita bersedia Tidur Atas jalan Demi Dapig"