Thursday, July 11, 2013

Tahaluf Siyasi - Ijtihad PAS Yang Untungkan DAP Bhg 1


Dengan berdalihkan 'Tahaluf Siyasi' untuk bekerjasama dengan DAP, PAS tentunya telah pun mendedahkan kepada risiko kepada harakah perjuangan Islam yang diamalkannya.

Terus terang dikatakan bahawa 'Tahaluf Siyasi' PAS yang gagal menjulang Islam di tempat yang sepatutnya malah PAS dilihat tidak dominan dalam Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, blog Akar Umbi telah menyentuh sekali lalu amalan 'Tahaluf Siyasi' yang akhirnya menjejaskan kedudukan PAS sebagai pendokong parti politik Islam. [Baca SINI]

Atas kelemahan ini, blog Akar Umbi akan mendedahkan dari semasa ke semasa perihal PAS yang semakin tersasar dari perjuangannnya.

Sebagai permulaan, cuba fahami kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad ketika membentangkan kertas kerja Tahaluf Siyasi: Ijtihad Semasa, Teori dan Aplikasi, di Seminar Pemikiran Ustaz Fadzil Noor, yang telah berlansung hujung bulan lalu;
"Memandangkan Tahaluf Siyasi PAS bersama KeADILan dan DAP melalui Pakatan memungkinkan keadaan kongsi kuasa tanpa 'PAS dominan', sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan, amatlah perlu untuk semua khususnya pimpinan PAS meyakini bahawa 'risiko yang sudah diperhitungkan' sememangnya telah benar-benar diperhitungkan dengan tepat dan teliti. Kita perlu yakin, dalam keadaan tidak 'dominan' sekalipun, PAS dan  perjuangan Islam tetap akan mendapat manfaat atau keuntungan," 
Perkara pokok yang dihujahkan oleh Khalid ialah pengakuan bahawa PAS adalat 'tidak dominan'. Namun begitu pada masa yang sama amat sukar bagi Khalid untuk mengakui kerugian yang dialami oleh pihak PAS.
Sebaliknya, Khalid menganggap bahawa PAS dan Islam tetap mendapat manfaat dan keuntungan.

Apakah logik, dalam keadaan tidak dominan, PAS dan Islam masih dapat manfaat dan keuntungan?

Bertitik tolak dari hujah Khalid di atas, dengan izin Allah. kami di Akar Umbi akan mengupas kerugian-kerugian di pihak PAS dalam beberapa siri, disepanjang Ramadhan yang mulia ini.

No comments: