Tuesday, July 9, 2013

Peluang Saifuddin Nasution Nak Rehat2 & Baring2 Dalam Rumah Besarnya Di Machang


Apa ceritanya dengan Setia Usaha Agung PKR Saifuddin Nasution? Dah dapatkah surat tawaran sebagai Liaison Officer di Pejabat Menteri Besar Selangor?

Kini Saifuddin dah tak bergelar YB selepas kalah bertanding kerusi Kulim/Bandar Baharu dalam PRU13.

Bagi tempoh penggal PRU12, meskipun kampung halamannya di Kedah, Saifuddin adalah wakil rakyat bagi kawasan parlimen Machang, Kelantan. Jasanya di Machang ialah berjaya membina mercu tanda baru tetapi milik peribadi, iaitu sebuah rumah agam di kawasan parlimen berkenaan.

Dengan kesibukan menguruskan PKR diperingkat nasional, tentunya amat sukar untuk rehat-rehat dan baring-baring santai di rumah besar tersebut. Apatah lagi ibu pejabat PKR terletak di Petaling Jaya, Selangor   maka masakan boleh berulang-alik dari Machang ke PJ?

Mulai hari ini hingga 24 Julai 2013, Saifuddin punya peluang untuk tidur baring di rumah besarnya di Machang, apabila PRK kawasan DUN Kuala Besut, Terengganu akan bermula. Penamaan calon PRK Kuala Besut dijadualkan pada 12 Julai, sementari pengundian akan berlansung pada 24 Julai.

Malam ini Saifuddin akan terlibat dalam majlis pengumuman calon PAS di Kuala Besut.


BN juga dijadual akan buat pengumuman calon pada sebelah petang, hari ini. Sebaliknya, PAS memilih untuk umum di sebelah malam.

Dengan puasa akan bermula esok, maka Saifuddin tak solat terawihkah? Apa pula nak tanya, solat terawih hanya sunat. Lagi pun orang-orang besar PAS pun akan terlibat sama, solat terawih gerenti akan dilaksana.

Dengan ceramah politik yang melibatkan 6 penceramah, majlis perisytiharan calon boleh dilajakkan terus menjadi 'qiyamullail'.

Di mana pula Saifuddin nak berehat selepas itu?

Itu tak jadi masalah dan buat apa buat istana hinggap di Machang? Jarak Machang - Kuala Besut cuma 50km. Jadi, Saifuddin boleh ulang-alik dengan pemanduan dalam tempoh 45 minit, sepanjang PRK Kuala Besut.

Dengan itu dapatlah Saifuddin menghuni rumah besar yang dibina, atas hasil sebagai wakil rakyat Machang.

No comments: