Monday, July 8, 2013

PAS Pilih Politik Akhir Zaman - Bantuan Karpal Singh Kuatkan Islam


Kerjasama antara PAS dengan DAP diharuskan melalui doktrin 'Tahaluf Siyasi'.

Istilah 'Tahaluf Siyasi' didefinasikan sebagai kerjasama gerakan Islam dengan gerakan yang tidak bermatlamatkan Islam, dalam menghadapi musuh yang sama.

Doktrin 'Tahalauf Siyasi' menurut perspektif PAS kelihatan terlalu eksterim, apabila mengharuskan pula kerjasama dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi Islam. Contohnya, ialah kerjasama dengan DAP, apatah pula persahabatan intim yang dipupuk antara Pengerusi DAP Karpal Singh dan Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz Nik Mat.

Meskipun terdapat 2 pandangan berkenaan hukum 'Tahaluf Siyasi' iaitu yang menghukumkan haram dan harus, PAS mengambil pendirian bahawa hukumnya adalah harus [Baca SINI], hanya kerana disandarkan kepada musuh politik yang sama, iaitu UMNO.

Karpal sebelum ini dengan tegas dan secara terus terang memberi amaran 'langkah mayat'nya jika PAS hendak menegakkan negara Islam.

Terbaru, Karpal secara terang-terangan mendesak supaya Ahli Parlimen Pas dan PKR menyokong cadangannya untuk meminda Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan berhubung status agama kanak-kanak di bawah usia 18 tahun.

Baca kandungan Perkara 12 (3) & (4) Perlembagaan Persekutuan dibawah,
(3) Tiada seorang pun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selainagamanya sendiri. 
(4) Bagi maksud Fasal (3) agama seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya.
PAS dalam reaksi terhadap desakan Karpal, telah membuat kenyataan melalui Timbalan Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan tindakan Karpal memberi kata dua itu adalah bertentangan dengan konsep perkongsian di antara ketiga-tiga parti itu dalam pakatan pembangkang. [Baca Utusan]

Sesungguhnya ini adalah kesilapan PAS, apabila memilih 'Tahaluf Siyasi' sebagai harus dan bukanya haram!

Barangkali ini adalah corak politik akhir zaman amalan PAS yang percaya kononnya musuh Islam boleh membantu menguatkan Islam.

No comments: