Sheikh Muhammad Qutb (adik kepada Sayidd Qutb) adalah antara ulamak yang berpandangan bahawa 'Tahaluf Siyasi' adalah haram.
Tentangan beberapa ulamak disamping Sheikh Muhammad Qutb, tentunya kepada isu yang mengharuskan kerjasama dengan dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam seperti ditunjukkan oleh rakan kongsi PAS, iaitu DAP.
Merujuk kepada hubungan antara PAS dan DAP yang sudah pun melangkaui sepenggal PRU, maka sepatutnya DAP sudah sampai ke suatu tahap yang memahami dan menghormati Islam. Namun, jika disemak sedalam-dalamnya bukan kefahaman yang terbit pada DAP, tetapi tuntutan demi tuntutan pula yang dibuat oleh mereka.
Pada pandangan saya, Islam akan kuat dan lebih dihormati jika PAS dan UMNO bersaing dengan hebat pihak mana yang lebih Islamik. Hakikatnya, inilah yang ditakuti oleh Karpal Singh, jika PAS dan UMNO saling bersaingan keIslaman masing-masing.
Dengan PAS mengambil pendekatan liberal dan pada masa yang sama-sama UMNO terikut-ikut dan lemah, maka kesempatan ini yang diambil oleh DAP.
Pengajaran dan pembelajaran Tamadun Islam di IPTS kini dituntut oleh DAP untuk dihapuskan, dengan keyakinan bahawa PAS tidak akan berkecil hati.
Tidak cukup dengan ujian itu, malah PAS turut diuji untuk tidak kecil hati bila adanya iklan 'bah kut teh' sebagai juadah untuk berbuka puasa.
Barangkali 'Tahaluf Siyasi' adalah muslihat PAS untuk tambah kerusi dan bukan mengangkat syariat Allah di bumi Malaysia.
Disyor untuk baca Bhg 1 & Bhg 2.
No comments:
Post a Comment