Friday, July 19, 2013

Karpal Singh & Anak Akhirnya Melopong Dan Bengang Berganda Dengan Tindakan Anak Guam


Minggu lalu, MP Puchong Gobind Singh telah menarik perhatian sidang Dewan Rakyat dengan membangkitkan kes saman Amir Bazli Abdullah terhadap DS Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Namun,  Gobind dan bapanya Karpal Singh yang mewakili Amir Bazli dalam kes saman berkenaan akhirnya melopong dan bengang berganda, gara-gara tindakan anak guam mereka menarik balik tuntutan saman terhadap Ahmad Zahid dalam proses mediasi dihadapan Hakim Rohani Ismail di Mahkamah Sesyen Sivil Shah Alam.

Menurut laporan Bernama yang disiarkan oleh Utusan, Peguam Datuk Shamsul Bahrain Ibrahim yang mewakili Ahmad Zahid dan Karpal Singh yang mewakili Amir Bazli, memberitahu wartawan, mereka tidak dibenarkan Rohani untuk bersama anak guam masing-masing semasa proses mediasi itu yang berlansung kelmarin.

Dalam pada itu, Amir Bazli berkata, kes antara beliau dan Ahmad Zahid selesai dan beliau bersetuju untuk menarik tuntutan ke atas defendan dan defendan akan menarik balik tuntutan balas ke atas plaintif.

Beliau juga berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan hal mengenai relif dan ganti rugi menerusi rundingan antara mereka berdua tanpa kehadiran peguam.

Blog Akar Umbi berpendapat, ini adalah tindakan terbaik Amir Bazli demi mengelakkan hal peribadi antaranya dengan Ahmad Zahid dipergunakan untuk kepentingan politik pihak ketiga.

No comments: