Sunday, September 2, 2012

SUK Selangor Khusrin Munawi Atur Ikrar Rakyat Selangor Di Depan Anwar?


MB Selangor Khalid Ibrahim berdolak-dalik dalam isu jemputan kepada Tuanku Sultan sempena Sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri Selangor 2012.

Khalid cuba meletakkan beban kepada pejabat SUK Selangor, dengan mengatakan soal penganjuran dan protokol adalah dibawah pejabat berkenaan tanpa penglibatan politik.

Saya tidak fikir unit protokol begitu tidak cerdik untuk membuat keputusan  tidak menjemput Sultan. Pastinya, awal-awal lagi pejabat SUK telah dimaklumkan oleh pejabat MB bahawa Anwar Ibrahim yang hanya berjawatan Penasihat Ekonomi Negeri MESTI diberikan berucap dalam majlis berkenaan.

Khalid juga cuba memberi alasan bahawa semenjak 2007, Tuanku Sultan tidak dijemput ke sambutan ambang merdeka. Namun, kenyataan Khalid ini boleh dipertikaikan. 

Ambang merdeka dan perbarisan hari kemerdekaan adalah dua acara yang berbeza. Sultan mungkin tidak hadir majlis ambang merdeka, tetapi akan membalas tabik hormat perbarisan dalam perarakan kemerdekaan.

Berbalik kepada sambutan kemerdeaan di Shah Alam pada tahun ini, jelas bahawa ia dilaksanakan dalam bentuk 2 dalam 1, iaitu ambang merdeka dan perarakan merdeka secara serentak.

Persoalannya, apakah SUK Selangor dengan secara sengaja mengaturkan Anwar akan membalas tabik hormat perarakan perbarisan dan seterusnya berucap dalam majlis berkenaan? Jawapannya tentulah tidak. Hal ini berlaku kerana campurtangan pejabat MB yang bukan terlatih mengendali protokol negeri, tetapi mahir mengendali protokol PKR.

Justeru itu, tidak hairanlah rakyat Selangor telah melafazkan ikrar rukunegara di hadapan Anwar dan seterusnya De Facto PKR itu 'berlagak' seperti Sultan, gara-gara kehendak pejabat MB Selangor.

Tonton video di bawah yang memaparkan lagak Anwar;


Baca kupasan blog The Unspinners tentang ikrar rakyat Selangor di depan Anwar yang berlagak Sultan di SINI.

No comments: