Friday, September 7, 2012

Soalan DAP Tentang Tamrin Ghafar Di Parlimen


Tamrin anak lelaki Tun Ghafar Baba telah pun menyertai PAS Ogos lalu.

Dengar cerita, beliau masuk PAS kerana tak mahu disoal diakhirat kelak. Tambah Tamrin lagi, BN adalah parti yang menyeleweng.

Hakikatnya, Tamrin yang menggunakan BN untuk menyeleweng.


Di atas adalah petikan dari hansard parlimen. DAP melalui wakilnya Ahmad Nor pernah menyoal tentang penyelewengan Tamrin ketika menjadi Pengerusi MARA (1991 - 1993).

Tamrin ketika itu menjadi kecaman pihak pembangkang diatas skandal pembelian keahlian Kelab Golf oleh MARA.

Malah Tamrin yang ketika menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam, pernah mendapat undi tidak percaya dari UMNO Bahagian berkenaan.

Mampukah Tamrin menjadi aset kepada PAS, sedangkan ketika bersama UMNO, Tamrin adalah liabiliti kepada parti?

Sebenarnya, ada lagi kisah Tamrin di SINI.

No comments: