Wednesday, September 5, 2012

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor Selar Polis Kerana Tidak Jaga Keselamatan Anwar


Seola-olah terancam sangat nyawa Anwar semasa sambutan malam kemerdekaan di Shah Alam minggu lepas.

Exco Selangor Dr Xavier Jayakumar menyelar PDRM kerana tidak menyediakan kawalan keselamatan kepada Anwar dan pemimpin-pemimpin kerajaan negeri semasa berlansungnya program berkenaan.

Mengapa pihak Pakatan Rakyat suka berdolak-dalik? Semasa Himpunan Bersih 2 & 3 mereka menyalahkan kehadiran ramai anggota polis, kerana bagi mereka perhimpunan itu adalah perhimpunan aman. Namun, apabila sambutan kemerdekaan mereka tampil pula dengan kecaman terhadap ketidakhadiran polis mengawal mereka?

Saya yang turut berada di Shah Alam pada malam berkenaan mendapati Shah Alam tidak sesesak yang dijangka. Kesesakan di malam tersebut hanya sekadar seperti malam-malam hujung, apabila ramai mat rempit berkumpul di situ. Terus terang dikatakan majlis berkenaan gagal menarik kehadiran rakyat Selangor. Kurang dari 3,000 hadir untuk memeriahkan majlis berkenaan.

Dalam kenyataan Xavier (video di bawah), mereka masih menegakkan basah dalam tampilnya Anwar di majlis anjuran mereka. Sebenarnya, tiada siapa yang mempersoalkan kehadiran Anwar.

Malah, kalau Xavier mengundang Lee Kuan Yew sekali pun, ia bukan menjadi persoalan. Hakikatnya, yang dipersoalkan ialah kehadiran Anwar yang diletakkan sebagai figure utama dalam majlis berkenaan, hingga memaksa rakyat Selangor melafazkan ikrar di depan Anwar.

Siapa Anwar dalam protokol kerajaan negeri Selangor?

1 comment:

Anonymous said...

Anuar tu sape nak dijaga..dia cuma saorang penderhaka..biadap dan kurang ajar..sepatutnya majlis tu yang diundang adalah Sultan Selangor..bukan nya dia yang ujudkan jawatan dengan sendiri dan tak bertanding pulak tu..