Sunday, September 2, 2012

Timbunan Sampah Di Kawasan Perumahan Bakal Kembali Membusuk - Pungutan Sampah PBT Selangor Cuma 2 Kali Seminggu


Semasa melancarkan compacter yang dibeli kerajaan negeri, MB Selangor Khalid Ibrahim dengan bangganya mengatakan bahawa kerajaan pentadbirannya telah berjaya menjimatkan jutaan ringgit..

Malah lebih dari itu, Khalid telah mengumumkan penurunan cukai taksiran bagi unit kediaman  flat kos rendah diturunkan sebanyak 25%, ekoran kejayaan penjimatan tersebut.

Akan tetapi semenjak musim perayaan Aidil Fitri yang lalu, didapati perkhidmatan pungutan tidak mengikut jadual. Saya sekadar menganggap ia adalah bersifat sementara.

Malam tadi saya melihat jiran yang baru selesai mengadakan majlis khatam Quran, membawa bungkusan-bungkusan sampah untuk dibuang. Beliau memberitahu saya, pekerja lori sampah di kawasan kediaman kami memaklumkan bahawa pungutan sampah kini cuma 2 kali seminggu.

Jika benar, ini bermakna kejayaan Khalid menjana perkhidmatan dengan kos yang rendah, berserta dengan tawaran perkhidmatan yang turut rendah kualiti dan kekerapannya.

Ini sepatutnya tidak berlaku, kerana rakyat Selangor baru saja membayar cukai taksiran setengah tahun ke 2 yang berakhir pada 31 Ogos yang lalu dan secara langsung PBT mempunyai banyak wang kepada kontraktor (jika sebelum ini tertangguh).

Tambahan pula, penurunan cukai taksiran adalah sebahagian dari manifesto Pakatan Rakyat semasa PRU 2008.

Oops.... Baru teringat - Khalid kata manifesto bukan perjanjian. Jadi, kita tak boleh buat apa-apa!

2 comments:

Anonymous said...

kalau sampah diangkut 2x seminggu dak kira bagus,kalau dianggkut 2x sebulan lebih banyak penjimatan kos pungutan sampah dapat dijimatkan,sebab ukuran digunakan untuk menilai kerajaan sekarang bukan perkhidamatan terbaik yg rakyat nikmati tetapi berapa banyak duit yg dapat dikumpulkan.

Anonymous said...

Saudara/i,

kenapa Dapster tak mengomel pasal sampah?

pasal sampah di kawasan Dapster didahulukan berbanding sampah di kawasan marhaen!

kenapa Dapster tak merungut pasal jalan bertar?

pasal jalan bertar untuk laluan Dapster didahulukan berbanding jalan bertar untuk laluan orang kebanyakan dikampung dan desa.

cuba perghati, kaji dan simpulkan dengan mata dan hati terbuka...jawapannya akan mengesahkan apa yang disebutkan itu.