Friday, September 7, 2012

Giliran Azmin Ali Untuk Mengaku


MB Selangor TS Khalid Ibrahim telah pun secara rasmi menjadi 'Pak Sanggup' bila membuat pengakuan bahawa beliau adalah pemilik sebenar bas mewah PKR untuk kegunaan Ketua Umum PKR DS Anwar Ibrahim.

Kini telah tiba pula giliran Timbalan Presiden Azmin pula menjadi 'Pak Sanggup'.

Betapa tidaknya, kelahiran bas mewah, rupa-rupanya bukan tunggal, sebaliknya kembar.

Kembarnya ialah treler kontena.

Maka, molek benarlah Azmin yang turut menyandang jawatan Pengerusi PKR Selangor untuk membuat pengakuan bahawa treler berkenaan adalah miliknya.

Baru sepadan. Bas milik ketua eksekutif negeri, semenara treler milik ketua parti negeri.

No comments: