Mengimbau kembali kenangan 1999, Nazmi (bekas Setiausaha PKR Selangor) dan Ali (bekas Naib Ketua AMK Cabang Shah Alam) merupakan penggiat awal era reformasi.
Nazmi dan Ali bukanlah ahli UMNO ketika itu, jadi tidak hairanlah bagi saya melihat mereka terjun membela Anwar yang mendakwa telah dianiaya oleh Tun Dr Mahathir. Sementara, bagi saya yang telah pun lebih awal bersama UMNO tetap memilih kekal dengan UMNO.
Bila kedua-dua mereka meninggalkan PKR untuk membantu UMNO selepas PRU12, timbul tandatanya dibenak saya. Perlu diingat bahawa mereka tidak pernah bersama UMNO, apatah lagi memegang apa-apa jawatan dalam UMNO, jadi sukar untuk saya membuat anggapan bahawa mereka mengejar sesuatu di dalam UMNO yang telah mereka tinggalkan.
Saya pernah bertanya kepada Nazmi dan Ali, mengapa mereka tiba-tiba menghentam Anwar Ibrahim. Jawapan mereka adalah hampir serupa dan saya rumuskan seperti berikut:-
- Ragu terhadap moral Anwar
- Simpati terhadap pemecatan Anwar oleh TDM
- Naluri muda (ketika itu) yang ingin lonjakan perubahan tanpa mengira betul atau salah dan pihak (parti) mana yang lebih berwibawa
- Atas rasa tanggungjawab memandangkan UMNO berada dalam keadaan yang begitu lemah ketika itu; dan yang lebih penting
- Yakin Anwar tidak layak menjadi PM
Sebenarnya, inilah yang berlaku kepada 2 orang yang memang tidak pernah bersama UMNO. Berbeza dengan Ezam yang pernah bersama UMNO, tetapi mereka ini tiba-tiba terbuka pintu hati untuk membantu memperkukuhkan UMNO.
Zaman muda mereka telah berlalu dan putaran masa telah berlalu dan bagi mereka peredaran itu mematangkan mereka. Oleh itu, kepada anak-anak muda yang masih terpengaruh dengan Anwar, belajarlah dari Nazmi dan Ali yang pernah berarak dijalanan di era reformasi dan telah melihat betapa jalan yang mereka tempuh penuh dengan kepalsuan.
Kini mereka adalah sebahagian dari kumpulan asal yang berani mencabar Anwar. Malah lebih dari itu mereka akan menikam Anwar secara berdepan!
Laporan gambar, klik SINI.
No comments:
Post a Comment