Wednesday, March 28, 2012

Kalau CIMB Berpindah Dari Bangunan UMNO Selangor, Satu Tamparan Kepada Najib

Ada desas-desus mengatakan CIMB Shah Alam yang terletak di Bangunan UMNO Selangor akan berpindah. Alasan yang didengar ialah masalah parkir dan yang kedua, fengshui.

Kalau BN gagal di Selangor pada PRU13, rasanya gerenti CIMB akan keluar dari bangunan milik UMNO Selangor tersebut.

Jangan main-main, ini bakal jadi satu tamparan kepada PM Najib.

Untuk kepastian cuba-cubalah pegawai-pegawai UMNO Selangor bertanya pada kakitangan bank berkenaan.

Tanda-tanda CIMB buat kerjasama sosial (bukan bisnes?) telah pun terbukti awal tahun lepas.


Di atas dan di bawah adalah petikan dari blog 1 Mai Tom Yam, yang melaporkan jalinan CIMB dengan DAP melalui aktiviti sosial mereka bersama ADUN DAP Kampung Tunku Lau Weng San, selain kehadiran MP PKR Kelana Jaya Low Gwo Burne.

No comments: