Friday, March 30, 2012

Banjir Di Klang - Sekolah Dr Hasan Ali & Zahid Hamidi Terjejas Teruk

SMK Tengku Ampuan Rahimah Klang dilanda banjir besar 2 kali dalam tempoh seminggu. Gambar atas yang dipetik dari Berita Harian adalah pada banjir yang pertama, berlaku pada Rabu lepas.

Menurut sebaran SMS Pengerusi Alumni sekolah berkenaan, banjir yang berlaku pagi tadi, telah merosakkan 21 cpu, pelbagai buku, perabut dan peralatan pejabat.

SMK Tengku Ampuan Rahimah merupakan tempat Dato' Dr Hasan Ali mendapat pendidikan awal menengah dan adalah sekolah yang harian No. 1 di Klang. Selain Hasan, antara tokoh-tokoh yang pernah mendapat pendidikan di sekolah ini ialah Menteri Pertahanan DS Zahid Hamidi, SUK Selangor Dato' Khusrin Munawi, ADUN Sementa Dato' Abdul Rahman Palil dan beberapa orang YDP (samada yang masih memegang jawatan atau bekas YDP serta bekas Dato' Bandar) PBT di Selangor.

Antara selebriti yang turut pernah belajar di sekolah ini ialah Ratu Rock Ella dan Saiful Apek.

Sementara itu, kawasan Telok Gadong merupakan kawasan yang terjejas teruk akibat banjir.



Meskipun bencana banjir ini merupakan ketentuan Illahi, namun persoalannya mengapa ia hanya melibatkan kawasan-kawasan DUN milik Pakatan Rakyat? Kawasan-kawasan yang diwakili oleh Ronnie Liu dan orang kuat Hindraf M. Manoharan terjejas teruk.

Ini seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena pada wakil-wakil rakyat DAP di kawasan-kawasan yang terlibat dalam mengurus pembangunan dan penyelenggaraan di kawasan masing-masing. Apatah lagi pengurusan PBT (Majlis Perbandiran Klang) adalah dibawah ahli-ahli majlis secara keseluruhan dikuasai oleh DAP serta rakan sekutu mereka PKR dan PAS.

4 comments:

Anonymous said...

inilah bukti selangor tak akan kekurangan air tahun 2014 seperti yg didakwa.

Anonymous said...

PUAK KAFIR LAKNATULLAH MANA TAHU KETENTUAN ALLAH SWT. BAGI MEREKA TAK ADA BEZANYA. DI AMPANG JAYA SEBAGAI CONTOHNYA. ADUN: PAS PARLIMEN:PKR. AMBIK KAU. BANJIR YANG PALING TERUK... RENUNGKANLAH. PADA MALAM 27 MAC 2012 ANUAR IBRAHIM DIJEMPUT PULAK UNTUK BERCERAMAH... TUNGGULAH APA PULAK YG AKAN MENIMPA DUN LEMBAH JAYA,AMPANG DAN PARLIMEN AMPANG.

Anonymous said...

Takpa anon... Yg penting Solat Hajat Perdana perlu diteruskan. Makin kerap makin banyak cerita DSAi keluar. Makin sensasi. Kita tgg saja.

Anonymous said...

Banjir tu untuk bersihkan tempat2 yang dah dikotorkan oleh pemimpin2 UMNO dan saiful buntut.