Thursday, March 29, 2012

Buah 'Peach' Pembuka Selera Dari Mahfuz Buat Anwar Ibrahim Sempena 'Impeachment'

Selepas sehari launch dengan Speaker Dewan Rakyat, Mahfuz terdengar isu impeachment keatas Anwar Ibrahim.

Menatang apa pula impeachment tu?

Dalam agakan Mahfuz, barangkali ia merujuk kepada memberi hadiah buah peach kepada seseorang.

Lantas, dengan pantas Mahfuz membeli peach yang boleh membuka selera Anwar, macam dalam gambar di atas.

**************************
Ingat skandal Presiden Bill Clinton dengan Monica Lewinsky? Di Amerika dan beberapa negara ada proses yang dipanggil impeachment.
Ia bermaksud mencabar kelayakan seorang penjawat jawatan penting yang misalnya didakwa terlibat dalam sesuatu yang tidak bermoral menerusi usul di Parlimen.
Memandangkan perbicaraan kes di mahkamah biasanya memakan masa yang panjang, apakah langkah seperti kenakan keatas Bill Clinton boleh digunapakai di Parlimen Malaysia?
Proses ini dikira lebih segera dalam membuat penentuan.
Menjawab soalan mengenai hal ini semasa sidang akhbar bersama Datuk S Nallakarupan di Kuala Lumpur Rabu,peguam terkemuka Datuk Seri Shafie Abdullah mengakui proses seperti ini tidak pernah dilaksanakan di Malaysia.
Namun beliau berpendapat langkah itu boleh diambil dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana jawatan beliau selaku Ketua Pembangkahg di Parlimen melibatkan kepentingan awam.
Bagi beliau peranan pembangkang juga sama penting dengan kerajaan dalam sistem ' check and balance'.
Untuk rekod satu hakikat yang perlu diingat Anwar pernah dikenakan hukuman tidak boleh hadir sidang Parlimen selama enam bulan tidak lama dulu setelah diputuskan bersalah oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana dakwaan berbohong isu Apco.
Apakah isu dakwaan moral Anwar boleh dimasukan dalam skop bidang kuasa jawatankuasa berkenaan?
Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu,Datuk Zulkifli Nordin yang hadir sama pada sidang akhbar itu berkata pihaknya sedia menimbang untuk mengemukakan usul berkenaan.
Katanya usul seumpama itu boleh dikemukakan bila-bila masa sahaja. -Agenda Daily 28/3/2012

No comments: