Monday, August 25, 2014

Saari Sungib Bakal Menteri Besar Selangor?


Apabila mesyuarat khas AJK PAS Pusat hari ini membuat ketetapan untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan Sultan Selangor dalam menentukan individu yang bakal menggantikan TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar, maka Adun Hulu Klang Saari Sungib sudah boleh memasang angan-angan untuk dilantik kejawatan berkenaan.

Antara faktor yang meletakkan Saari Sungib dalam keadaan paling sesuai untuk dilantik sebagai MB Selangor ialah beliau merupakan salah seorang dari kalangan Adun PAS yang terawal untuk memihak kepada keputusan PKR untuk melucutkan Khalid dari jawatannya,

Mengambil kira setiakawan Saari yang begitu kuat terhadap PKR dan DAP, hingga sanggup membelakangkan keputusan Majlis Syurah Ulamak PAS maka tidak sukar baginya untuk mendapatkan kepercayaan majoriti Dewan Undangan Negeri Selangor.

Tentunya amat sukar bagi PAS untuk menolak Saari, tambahan pula beliau belum lagi dikenakan tindakan tata tertib oleh Majlis Syurah Ulamak yang merupakan lembaga tertinggi yang mengatasi Lembaga Disiplin PAS.

Jika merujuk kepada kepada krisis-krisis MB Selangor yang terdahulu, seperti undi tidak percaya kepada Dato' Harun Idris dan penunduran sukarela TS Abu Hasan Omar, kedua-dua mereka telah digantikan oleh Adun dari berketurunan Jawa.

Harun telah diganti oleh Dato' Hormat Rafie sementara Dr Mohd Khir Toyo mengambilalih tempat Abu Hasan yang kebetulan kedua-dua mereka berketurunan Jawa.

Kalau perkara itu diteladani, maka tidak hairanlah Saari boleh tersenyum dan mengangkat jari jempul sambil memasang angan-angan agar dirinya diperkenankan!

1 comment:

usin said...

aku agak nama saari sungib (anak jawa?) tidak dalam senarai calon mb selangor. sebab apa? sebab yang akan mengadap tuanku sultan ialah ts khalid ibrahim. ts khalid ibrahim tentu akan potong nama saari sungib sebab sudah sabotaj dan khianat beliau sebelum ini. kalau saari sungib nak sangat ts khalid letak jawatan, tak mungkin ts khalid bawa nama saari calon ganti dia. biar sama2 tak dapat. ts khalid belum mabuk ketum lagi oooo....