Wednesday, October 9, 2013

Terkebil-kebil Nik Aziz Bila Husam Bedal Pentadbiran MB Baru Kelantan Dihadapannya


Husam Musa tidak mempedulikan kehadiran TG Nik Aziz di sidang DUN Kelantan, apabila menggunakan peluang yang diberikan kepadanya untuk membahaskan Bajet Kelantan 2014, dengan membidas pentadbiran negeri Kelantan dibawah MB pasca PRU13 Dato' Ahmad Yakob.

Menurut laporan The Star, antara yang dibangkitkan oleh Husam ialah kelulusan 1,400 hektar konsesi balak di kawasan hutan simpan kekal Ulu Sat. Malah, Husam menyifat kelulusan konsesi adalah tidak wajar dan bertentangan dengan konsep integriti dan ketelusan.

Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) turut menjadi sasaran Husam, apabila mendakwa AKSB sekadar mampu memproses 55.7 juta liter air daripada kapasiti sebenar 82 juta liter sehari, untuk 3 loji iaitu Loji Rawatan Air Jeli, Bukit Remah dan Pintu Geng meskipun naiktaraf bernilai RM89.4 juta telah dilaksanakan keatas semua loji berkenaan.

Disamping, itu kadar NRW (non-revenue water) masih kekal ditahap 52%, meskipun RM130 juta telah dibelanjakan untuk membaiki paip pecah.

Malah Husam bimbang amalan pengurusan AKSB tersebut boleh menyebabkan kerajaan pas lumpuh dan tidak bertahan lama, lapor TV3.

Tidakkah tindakan Husam tersebut, ibarat membuka pekung kerana beliau adalah anggota exco ketika projek-projek berkenaan dilaksanakan?

Mungkin inilah kelemahan Husam, kerana sentiasa memikirkan dirinya adalah seorang pembangkang.

3 comments:

Anonymous said...

syabas husam!!!!setelah melihat cermin rupanya banyak cacat celanya diri sendiri,kalau selama ni hanya cacat orang lain saja yg nampak,tapi sekarang tau kelemahanya.

kalau ramai lagi orang seperti husam kerajaan akan bertambah teguh lagi.sebab pembangkang sudah tiada modal.

Anonymous said...

Inilah cerita politik. Kerana dah hilang kuasa, semua jadi cerita. Kerana ingin kuasa Kalimah Allah boleh jual.

Anonymous said...

Kah kah tok guru pluralisma tu bab ekonomi mme dah sah hancur...bangang ekonomi yang tok guru tau satu jer...mengkafir kan orang yang tak sehaluan dengan pas...dan sembahyang orang bkan pas x dapat syorga dan pahala...kah kah...husam dah lawan tu...tok guru bila nagi nak wat hujah macan tu....krna kat kerabat sendiri senyap pulak....tok guru pluralisma akidah syiah