Wednesday, October 9, 2013

Anwar Ibrahim Hanya Mampu Ketap Bibir, Bila Bekas Rakan Sejawatnya Mohon Ampun Dari Najib


Apalah daya Anwar Ibrahim yang hanya sekadar boleh mengetap bibir, apabila bekas rakan sejawatnya Tony Abbot memohon kemaafan dari PM DS Najib Razak.

Anwar dan Abbot pernah suatu ketika menjadi ketua pembangkang di negara masing-masing dan senada dalam menentang isu pertukaran pelarian antara Kerajaan Australia dengan Kerajaan Malaysia. (Baca SINI)

Namun takdir yang berbeza antara dua rakan tersebut, menyaksikan Abbot telah pun menjadi PM Australia pada 18 September lalu.

Dengan kedudukan Abbot sebagai PM, beliau menyedari pentingnya hubungan antara kerajaan, lantas beliau secara rasminya memohon maaf diatas kesulitan yang dihadapi oleh Najib dalam isu pertukaran pelarian tersebut.

Malah Abbot menjelaskan bahawa beliau tidak bermasalah dengan Kerajaan Malaysia, tetapi bermasalah dengan Kerajaan Parti Buruh Australia pimpinan Gillard ketika itu. (Baca laporan penuh SINI).

Dengan penjelasan Abbot itu, bermakna Anwar sekadar boleh mengetap bibir, bukan sahaja U-turn yang dibuat oleh PM Australia berkenaan, bahkan bila mengenangkan nasibnya yang agak kelam berbanding Abbot.

2 comments:

Anonymous said...

DEAR PM ABBOT (AUSTRALIA).
We Malaysian respect you for willing to openly apologies to our innocent PM Dato' Sri Najib. With such sincere act of yours, we have no " heart feelings" against u and our fellow Ausralians. To us, Anuar Ibrahim is a desperate political leader troubled by "MORAL" issues.

Thank u Sir. (HAVE A NICE DIE (Day) TO DIE (to-day).

Wargemasfrenz said...

Hee hee...siap ada slang Aussie lg tuu...
Lagi pun, Mr. Abbote nih tahu jangka hayat govt @Downunder nih amat bergantung dgn harmonis sesama negara jiran....
Ini yg buat bekas "mates" dia yg sekoq nih kelupoq..!