Sunday, October 6, 2013

Kalaulah Lokman Adam Berada Dalam Era Nazri Aziz Sebagai Pemangku Ketua Pemuda..............


Saya telah melalui zaman pemuda dibawah  5 Ketua Pemuda UMNO, disamping pernah dibawah 2 Pemangku Ketua Pemuda.

5 Ketua Pemuda itu ialah masing-masing dibawah Anwar Ibrahim, Najib Razak, Rahim Tamby Chik, Zahid Hamidi dan Hishamudin Hussein. Sementara 2 Pemangku Ketua Pemuda tersebut ialah Nazri Aziz (ketika Rahim Tamby Chik berdepan dengan kes mahkamah) dan Hishamuddin (ketika Zahid mengundur diri ketika era reformasi).

Seperkara yang menarik perhatian saya sepanjang tempoh tersebut ialah ungkapan Nazri Aziz ketika beliau menjadi Naib Ketua Pemuda dan Pemangku KP untuk tempoh 1993 - 1996 ialah "Pemuda harus berani dan bersedia untuk buat silap. Kalau tidak buat silap bukanlah pemuda namanya".

Oleh kerana sudah terdedah dan biasa berdepan dengan situasi yang berkaitan dengan ungkapan yang disebut oleh Nazri, saya tidak menganggap kenyataan calon Naib Ketua Pemuda Lokman Adam berhubung isu kenaikan harga petrol adalah ibarat 'menyondol' Najib.

Sebaliknya, itulah hakikat yang dihadapi oleh Lokman, apabila diserang atas kenyataannya terhadap isu tersebut.

Saya membaca ayat demi ayat yang dilaporkan oleh M-Star, untuk melihat mengesan kesilapan Lokman.

Mungkin kenyataan Lokman itu mirip suara pembangkang dan mengundang serangan terhadap dirinya. Namun begitu saya bersetuju bila Lokman berpendapat bahawa kenaikan harga minyak mula memberi gambaran negatif kepada kerajaan terutamanya persepsi golongan muda. Saya berdepan dengan reaksi seperti ini dalam keluarga saya sendiri, apabila anak perempuan saya meluahkan kekecewaannya atas kenaikan itu melalui laman sosial dan ia mendapat sambutan pula dikalangan rakan-rakan sebayanya dengan pelbagai luahan tidak puas hati.

Selain itu, Lokman berpendapat bahawa pemuda harus menjadi 'kumpulan pendesak' dan bukan 'kumpulan penyelesai masalah'.

Saya tidak sama sekali menyuruh para perwakilan pemuda untuk mengundi Lokman, sebaliknya saya cuma ingin menyatakan bahawa kalau Lokman berada diera Nazri, bahawa kesilapan Lokman atas kenyataan itu akan diterima sebgai lumrah.

Luahan Lokman, hanyalah sekadar tanggungjawabnya menyuarakan apa yang didengarnya dikalangan kelompok golongan muda.

Apatah pula Lokman sendiri ingin membawa pemuda sebagai 'kumpulan pendesak', tentunya pandangannya itu agak kelihatan kritikal.

Terpulang kepada para perwakilan pemuda untuk menentukan hala tuju sayap berkenaan kerana saya tidak mempunyai hak untuk berbuat demikian.

4 comments:

Unknown said...

Anak hindu paria bernama Lokman Adam ini bukannya orang melayu sejati. Dia juga penjilat jubor Anwar.

Anonymous said...

belum di pilih dah kurang ajar.
kerajaan naikkan harga minyak mesti lah ada tujuan tertentu. utk pembangunan ke ...utk restructure balik finance ke...etc.
mamat ni hanya ambik jalan mudah dgn mengutuk kerajaan..kekononnye zalim pada rakyat...dan kekononnye dia ni menyampaikan suara rakyat. tapi ada tak dia beri cadangan yg membina utk kerajaan? balik2 idea yg sama suh potong elaun n gaji menteri.....lerrrr.....

Anonymous said...

Orang PR dah ramai masuk UMNO,tak ihklas hanya pentingkan habuan.....
cuma NAJIB buka sebelah mata je!...
orang yang betul ihklas demi mempertababkan bangsa Melayu di anak tirikan, walaupun bermatian perhambakan diri waktu PRU13.....
PRU14 kelak, menangis tak berlagu lah
UMNO.....mintak mintak diizinkan "ALLAH" JUA HENDAKNYA AMIN!....

Anonymous said...

Yang paling penting jgn pilih orang mcm ni ....

Ni issue biasiswa MARA ... siap sokong Cinabeng minta hapus biasiswa MARA

http://www.thestar.com.my/story.aspx?file=%2F2010%2F7%2F1%2Fnation%2F20100701143739

Ni pulak issue PERKASA yg memperjuangkan hak2 org Melayu ...

http://www.highbeam.com/doc/1P1-183398371.html

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/khairy-wants-umno-bn-to-move-away-from-perkasa

http://www.thesundaily.my/node/141401