Monday, October 7, 2013

Kes Tuntutan Guna Kalimah Allah Akan Diputuskan Pada 14 Oktober - Hadi Awang Bakal Tidak Tenteram Sembelih Lembu Korban, Jika Mahkamah Memihak Kepada Penganut Kristian


Bila Lim Guan Eng menuntut penggunaan 'kalimah Allah' oleh penganut Kristian, Hadi Awang dan Anwar Ibrahim telah mengadakan sidang media  Majlis Pimpinanan Pakatan Rakyat yang menzahirkan persetujuan bersama membolehkan penggunaan tersebut oleh penganut Kristian. [Baca SINI].

Menurut laporan Bernama hari ini, Peguam Kanan Persekutuan Andi Razalijaya A. Dadi memberitahu bahawa Jabatan Peguam Negara baru sahaja menerima surat daripada bahagian pendaftaran Mahkamah Rayuan memaklumkan bahawa keputusan kes sama ada penerbitan mingguan Katolik, The Herald, dibenar menggunakan kalimah 'Allah' ditetapkan pada 14 Oktober, iaitu sehari menjelang sambutan Aidil Adha.

Bagaimana agaknya perasaan Hadi Awang dalam menyambut Aidil Adha jika keputusan mahkamah memihak kepada The Herald?

No comments: