Tuesday, October 1, 2013

RM87.8 Juta Sedang Menunggu Setiap Bakal Pemenang Ketua UMNO Bahagian Di Selangor


Daripada 22 Bahagian UMNO di Selangor akan berlaku pertandingan untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian, kecuali di Hulu Langat yang terselamat dari pertandingan.

Menariknya, pemenang dalam persaingan di setiap bahagian akan menunai amanah untuk mengurus baki peruntukan pembangunan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM1.932 bilion.

Menurut Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (MTPNS), hanya 31 peratus sahaja daripada peruntukan berjumlah RM2.8 bilion sahaja yang telah digunakan. Ini bermakna, RM1.932 bilion seperti disebut di atas masih belum digunakan, lapor UMNO-Online.


Oleh itu bagi mereka yang akan memenangi jawatan Ketua Bahagian kena beringat kepada amanah yang sedia menanti anda.

Kalau diagihkan kepada 22 kawasan parlimen di Selangor, bermakna setiap kawasan akan mendapat RM87.8 juta.

Seperkara yang perlu diingat, jumlah peruntukan Kerajaan Pusat yang berjumlah RM2.8 bilion tersebut adalah hampir seganda berbanding peruntukan Kerajaan Negeri yang hanya berjumlah RM1.63 bilion.

Malu kalau anda (ketua bahagian) yang menang gagal menawan semula Selangor.

Seperkara lagi yang amat penting jangan sesekali gelap mata dan habiskan RM87.8 juta peruntukan di kawasan masing-masing seperti menghabiskan wang sendiri untuk year end shopping!

1 comment:

Tukang Komen said...

Ada ketua bahagian yg kena tindakkan tata tertibdan digantung. Pihak atasan di ibu pejabat umno malaysia berkonspirasi 'menyusun' team masa depan mereka. Setiausaha agong dan s/u kerja terlibat.