Tuesday, October 1, 2013

Fakta Menarik Pemilihan Semula CEC DAP - Para Perwakilan Tabalkan Lim Guan Eng Sebagai S.U Agung Tiga Suku!


Lim Guan Eng sekadar di ranking 5 dalam pemilihan semula anggota CEC DAP dengan undi hanya sejumlah 1,304 berbanding jumlah perwakilan seramai 1,725 orang.

Ini bermakna seramai 421 orang perwakilan telah menolak terus Guan Eng untuk duduk dalam senarai utama CEC.

Tentunya hal ini agak memeranjatkan, kerana secara zahirnya beliau adalah penyandang jawatan Setia Usaha Agung, disamping punya kuasa eksekutif sebagai KM Pulau Pinang.

Jelas bahawa dalam keadaan setiap perwakilan mempunyai 20 undi ditangan masing-masing, 421 orang perwakilan berkenaan dengan tegas menolak Guan Eng. Bayangkan kalau masing-masing membawa 1 undi dalam keadaan Guan Eng berlawan secara straight fight, pasti 421 orang perwakilan ini boleh menjadi penyumbang kekalahan kepada beliau.

Jika diamati angka 421 ini berbanding jumlah perwakilan 1,725 orang, bermakna hampir suku daripada jumlah perwakilan berkenaan menolak Guan Eng.

Justeru, fakta yang amat sukar disangkal daripada keputusan pemilihan tersebut ialah para perwakilan DAP telah menabalkan Lim Guan Eng sebagai SETIA USAHA AGUNG TIGA SUKU!

Sesungguhnya, itulah hakikat yang harus diterima Lim Guan Eng.

No comments: