Monday, September 30, 2013

Jenice Lee Puas - Berjaya Gelincirkan 3 Jantan DAP Kecuali Karpal Singh


Akhirnya bekas Adun Teratai Jenice Lee mungkin telah berpuashati dengan tergelincirnya Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Tan Kok Wai dari segi jumlah undi dan ranking.

Namun kepuasannya tidak ketahap maksimum, bila gagal menggelincirkan Karpal Sing dari kedudukan mahupun ranking. Ketika ketiga-tiga tokoh DAP di atas jatuh dari segi pungutan undi dan ranking, Karpal tetap bertahan pada kedudukan ranking No. 3, malah telah meraih tambahan 10 undi kepada 1,421 pada pengundian semula pemilihan CEC DAP berbanding dengan pegundian asal pada tahun lepas.


Sebelum ini, Jenice dalam kenyataannya kepada FMT menyifatkan keempat-empat mereka sebagai 'Gang of Four' yang amat berkuasa dalam DAP, hingga mengenepikan perlembagaan parti dalam membuat keputusan.

No comments: