Friday, October 4, 2013

"Contohi Parti Komunis China," Seru Naib Presiden PAS Kepada Ahlinya


Ketika berucap diforum ' "Survival PAS Dalam Arena Politik Malaysia" Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata, "Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), saya yakin kita tidak lagi menyaksikan Abdul Hadi; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewarnai pilihan raya tersebut," - lapor portal TMI.

Namun apabila menonton video di bawah, rupanya Salahudin bercakap lebih dari itu. Beliau bukan sahaja meletakkan Hadi, Kit Siang dan Anwar sebagai tidak relevan ketika itu,malah Salahudin diforum berkenaan mengajak ahli dan penyokong PAS supaya mencontohi Parti Komunis China.

Apakah sudah ketandusan contoh dikalangan harakah Islam dalam membentuk masyarakat yang progresif hingga Salahudin mencontohkan komunis kepada ahli dan penyokong PAS?

No comments: