Sunday, September 29, 2013

Ambiga Tak Percaya Proses Pengundian DAP - Lim Guan Eng Terpaksa Arah Semua Perwakilan Dicalit Dakwat Kekal


Kalau tiada dakwaan pengundi hantu dan megundi 2 kali dalam sistem pengundian memilih jawatan-jawatan utama DAP, masakan wujud peraturan dakwat kekal dicalit di jari perwakilan-perwakilan yang mengundi?

Tuntutan DAP dan rakan mereka PKR serta PAS berpunca dari dakwaan kononnya ada yang mengundi lebih dari sekali.

Akhirnya, Lim Guan Eng terpaksa akur dengan penggunaan dakwat kekal dalam proses pengundian DAP, gara-gara ahli DAP sendiri meragui kesahihan sistem pemilihan dalam parti mereka.

Ketelusan yang cuba ditunjukkan masih belum bermakna, kerana masih ada tuntutan untuk menerbitkan senarai 2,576 orang perwakilan yang layak mengundi dalam pemilihan tersebut oleh ahli DAP sendiri.

No comments: