Tuesday, October 8, 2013

Ketua Pengarah JPJ Solah Mat Hasan Kena Saman


Gara-gara menolong rakyat, Ketua Pengarah JPJ DS Solah Mat Hassan berdepan dengan saman.

10 akademi dan institusi memandu yang terdiri dari Arah Muara Sdn. Bhd., MSDC Sdn. Bhd., Akademi Memandu Ngah Sdn. Bhd., Institut Memandu IKMP (Perlis) Sdn. Bhd., Jimat Canggih Sdn. Bhd., Express Track Sdn. Bhd., Akademi Memandu Mega Sdn. Bhd., Akademi Kuala Pilah Sdn. Bhd., Akademi Memandu Anda Sdn. Bhd. dan Gabongan Sekolah Memandu (Hilir Perak) Sdn. Bhd. telah memfailkan saman dan penyataan tuntutan bagi mendapatkan perisytiharan bahawa program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) adalah menyalahi undang-undang.

Tuntutan tersebut yang difailkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Ogos lalu menerusi firma guaman, Tetuan Wong Kian Kheong telah menamakan Solah sebagai salah seorang defendan, lapor Utusan Malaysia.

Disamping itu defedan-defendan lain yang dinamakan ialah Tengku Azman Tengku Zainol Abidin, MY EG Services Bhd dan Kerajaan Malaysia.

Sesungguhnya kita tidak menjangka yang usaha-usaha membantu golongan berpendapatan rendah mendapat tentangan dari 'kartel' yang terlibat.

Adalah dikhuatiri, jika keputusan mahkamah memihak kepada mereka, tidak mustahil persatuan pekedai runcit dan persatuan pengamal perubatan akan menyaman kerajaan terhadap program Kedai Rakyat 1Malaysa dan Klinik1Malaysia.

3 comments:

Anonymous said...

Mane la dapat gambar time die muda ni.. tak boleh blah.. hehe

Anonymous said...

Jahatya DAJAL-DAJAL PENGKHIANAT negara ini! Bakal segala projek di bawah Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (PEB) juga kan diSERANG tak lama lagi - DAJAL-DAJAL ini sedang "experimen" dgn. kes ini! Mereka naik muka disyaki sebab si parti sosialis baru menang kes saman k'jaan - mcmmana boleh menahg kes itu?! Harapnya udg-undg baru bawah KDN akan menghapuskan SAMAN tak guna mcm. ni!

K'jaan/UMNO kena lawan habis-habisan, kerana rancangan saman JPJ, adalah amat bahaya MUSUH Islam/Melayu ini, disyaki mahu MENUMBANGkan PEB! Lagipun, apa hak si DAJAL-DAJAL TAMAK ini nak HALANG K'jaan bantu orang miskin; NGO Islam/Melayu kena buat REPOT POLIS di atas jenyah HASUTAN ini, terhadap orang miskin dan menghalang K'jaan buat KERJA dgn. cekap, bantu rakyat miskin, terutamanya yg. Bumiputera!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Anonymous said...

PEMBETULAN:

Jahatya DAJAL-DAJAL PENGKHIANAT negara ini! Bakal segala projek di bawah Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (PEB) juga kan diSERANG tak lama lagi - DAJAL-DAJAL ini sedang "experimen" dgn. kes ini! Mereka naik muka disyaki sebab si parti sosialis baru menang kes saman k'jaan - mcmmana boleh menang kes itu?! Harapnya udg-undg baru bawah KDN akan menghapuskan SAMAN tak guna mcm. ni!

K'jaan/UMNO kena lawan habis-habisan, kerana rancangan saman JPJ, adalah amat bahaya MUSUH Islam/Melayu, disyaki mahu MENUMBANGkan PEB! Lagipun, apa hak si DAJAL-DAJAL TAMAK ini nak HALANG K'jaan bantu orang miskin; NGO Islam/Melayu kena buat REPOT POLIS di atas jenayah HASUTAN ini, terhadap orang miskin dan jenayah MENGGERTAK K'jaan buat KERJA mereka dgn. cekap, bantu rakyat miskin, terutamanya yg. Bumiputera!

Makcik Sambal Belacan.