Friday, October 4, 2013

Aura Lim Kit Siang Kuasai PAS Kawasan Gelang Patah - Calonkan Mahfodz Lawan Ustaz Harun Taib Sebagai Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

Ketua Dewan Ulamak PAS Ustaz Harun Taib (foto sebelah) kini tidak senang duduk, bila menjadi sasaran ekoran keputusan dewan berkenaan yang mencadangkan semakan keatas Tahaluf Siyasi PAS bersama PKR dan DAP.

Cadangan tersebut telah disepakati melalui Multaqa Ulama Se-Malaysia
PAS anjuran Dewan Ulamak yang berlansung September lepas mengggariskan;
1. Perundingan kerusi dalam kalangan parti komponen PR yang tidak memberi lebih nilai kepada pengukuhan kedudukan dan pengaruh PAS dalam PR.  
2. Terdapat ahli PAS yang menukar keahlian dan bertanding atas tiket PKR. 
3. Terdapat dalam kalangan ahli dan pimpinan PAS yang tidak memberi tsiqah dan wala' kepada kepimpinan jamaah bahkan lebih mematuhi keputusan dan arahan orang luar PAS.  
4. Terdapat dalam kalangan ahli dan pimpinan PAS yang mengeluarkan kenyataan dan pandangan yang keluar dari skop fikrah Islam dan ada juga yang berbaur fahaman pluralisme dan liberalisme.  
5. Kemerosotan sokongan dan undi Melayu terhadap PAS berbanding PRU12 yang merupakan era sebelum wujudnya PR.
Padah kini menanti Harun, apabila PAS Kawasan Gelang Patah yang bagai telah dikuasai oleh ahli parlimen mereka, Lim Kit Siang, mengambil keputusan mencalonkan Dr Mahfodz Mohamed untuk jawatan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat lapor TMI.

Mahfodz ialah Timbalan Ketua Dewan Ulamak dan juga Pesuruhjaya PAS Johor.

Nampaknya rumusan multaqa ulamak tidak begitu disenangi oleh DAP.

Pada masa yang sama PAS Gelang Patah nak tunjukkan, orang Johor pun boleh ketuai Dewan Ulamak.

1 comment:

Anonymous said...

kalau nak tawan johor kenalah orang johor jadi orang kuat pusat.baru orang lain tak pandang johor sebelah mata.