Sunday, September 1, 2013

Husam Musa - From Hero To Zero


Apabila Husam Musa tidak lagi terlibat secara lansung dalam pentadbiran kerajaan negeri Kelantan, idea-ideanya telah dipinggirkan oleh pentadbiran baru yang bukan lagi diketuai oleh TG Nik Aziz.

Dengan terkeluarnya Husam dari anggota pentadbiran negeri Kelantan, maka dengan sendirinya memahatkan namanya sebagai pakar 'pecah tanah dan letak batu asas' di negeri berkenaan.

Imej asal 1peluru.com

Husam yang kini tidak lagi duduk sebagai anggota exco kerajaan negeri, berasa amat kecewa apabila ideanya untuk membina Lebuhraya Kota Bharu - Kuala Kerai telah tidak diberi keutamaan oleh pentadbiran baru negeri Kelantan.

Bagi menampung kos pembinaan lebuhraya berkenaan, Husam tampil dengan cadangan mencagarkan kawasan perlombongan besi seluas 3,000 hektar dengan nilai RM2.5 bilion kepada kontraktor.


Idea mencagarkan kawasan perlombongan besi ini, dilihat sebagai cadangan tidak cerdik oleh pentadbiran baru Kelantan.

Pada saya, pentadbiran baru Kelantan tidak mahu kelihatan begitu bodoh dengan menuruti cadangan Husam itu, yang memaksa kerajaan negeri bergolok bergadai semata-mata untuk membina lebuhraya sepanjang 73km dengan RM1.8 bilion.

Tentunya kerajaan negeri terpaksa memilih keutamaan, lantas menolak idea asal Husam, meskipun ia telah pun dipersetujui semasa dibawah teraju Nik Aziz, apatah lagi wujudnya Lembaga Lebuhraya Malaysia yang bertanggungjawab untuk tujuan tersebut.

Lantaran itu, mungkin demi mengelakkan 'riak' Husam, maka pentadbiran baru Kelantan membekukan pembinaan lebuhraya berkenaan.

Akhirnya bagi Husam adalah 'from hero to zero', walau pun berjawatan Naib Presiden PAS diperingkat pusat.

5 comments:

Anonymous said...

sam, idea bange sapolah wei pada mung tuuu..

Pakdor Awe said...

Idea ni dulu diceduk daripada sorang penaik nyor yang tiap-tiap hari bersama beruk jatan nya ambik upah rukah nyor. Pak Chu & Wok (nama beruknya). Idea Pak Chu begini: Lama dah ambo dok ambik upah naik nyor, sejak menikah dengan mak su mu lagi. Wok tu beruk yg ke7 dah, sebelum ni mapuh abih dah. ya lah dekat 23 tahun dah dok rukah nyor, nak juga wat perubahaen, nak jadi kaya.

Rancangae ambo gini. Ambo nak buat sekolah beruk, satu kelah ada 5 ekor, dari derjah 1 sapai derjah 6, ada 30 ekor semanya. Abih derjah 6, sema beruk ni kerja ngae ambo belako, amek kontrak rukah nyor dari Yala sapai Mersing, kok tepi patai, banyak tu pohon nyor. Ada tak 3 juta pohon? Kalu sepohon ambik upah seghia, dah ada 3 juta ghia dah setahun..sapo nak bui pitih sebanyak tu kalu kita tak usaha sediri..

Hal nak wat sekolah beruk tu semesek jah, ambo gadai hak mana ada, jual besi-besi buruk derumah tu, puyuk belango. kena korban lah sementa. makae dalae daun pisang pun takpo dulu, bila kayo pah ni kita beli puyuk akorok pun buleh...

Hari ini dah masuk 2 minggu Wok mampus, sebab sakit tua. Dah 2 minggu Pk Chu tak naik kelapa. Tapi idea dia tetap bernas sebagai seorang penaik kelapa yang kreatif.

Pakdor Awe said...

Ambo nak nasihat ko Usam, puak-puak Peglih sapai ke Johor 25 tahun dah dok pakai lebuhraya. Lo ni puak Tganun nak gi ke KL pong naik L/raya jugak dah. Orang Klaten KB baru dok bekira nak gi K.Krai naik L/raya.

Cagha buat l/raya tu macae PLUS, LPT dan lain2 l/raya la. Ambo tak dengar lah sapai kena bui beribu2 hektar tanahair ke kontraktor. Kalu nya takdak besi dalae tanah tu, lagumana? kena gati beribu-ribu hektar lain gamaknya, sebab pejanjian kena bui kawase yg cukup bijih. Beto ka Klaten ada bijih secemok tu nya?? Kalu Klaten penuh dengan besi, emas, bakpo tak buat industri perlombongan..hasil kekayaan dari bumi tu guna buat segala pebangunan.

Kalu kita ada lembu, kita nak wat bekwoh gulai kawah. Mana baik kita semelih lembu sediri, dari kita jual lembu hak ada, lepah tu gi beli daging kedai. Penjimatan dari semelih lembu sediri tu lah keuntungan, sebab tak berbelanja besar nak bekwoh..Lain la kalu lembu pun takdak.

Tapi ambo kuatir, kalu ikut cagha Usam, yang rugi tingga seluar dalae rakyat Klaten. Projek ghego 800juta jadi 1.2bilion, pitih abih, tanah habih.

Anonymous said...

Hik hik hik....kecek molek wehhhh!

Anonymous said...

Pakdor Awe ....kawe nk kecek kelate tk pandai ... jadi kawe kecek omputih

I LIKE ...(mcm fesbuk tu ler)