Monday, September 16, 2013

GEMPARRR!!! Akhirnya PAS Tunduk Kepada Tekanan DAP - Nik Aziz Mahu Bukan Islam Dapat Agihan Zakat


"Saya mendengar pengalaman Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan yang baru pulang dari lawatan kerja di Johannesburg, Afrika Selatan. Katanya di sana zakat turut diberikan oleh orang Islam kepada bukan Islam. Di Malaysia, di bawah asnaf muallaf, hanya orang yang baru memeluk agama Islam menerima zakat. Sedangkan muallaf juga boleh jadi seorang non muslim yang hampir lembut hatinya untuk memeluk Islam dan juga seorang non muslim yang sangat tegar memusuhi Islam namun jika diberikan zakat, permusuhannya itu kendur. 
Ini sebagai contoh bagaimana ada aspek pengamalan Islam secara praktikal di Malaysia masih belum tepat dengan wajahnya yang sebenar. Inilah yang perlu dibaiki dan PAS wajib memainkan peranan. Saya yakin, jika Islam difahami dengan baik tanpa gangguan daripada pihak-pihak yang berkepentingan, ia akan diterima dengan mudah tanpa sebarang syak wasangka oleh rakan-rakan daripada non Muslim," - Nik Aziz Nik Mat
Bagai hajat sebelum memejamkan mata, Nik Aziz syorkan wang zakat diberikan kepada orang bukan Islam. Petikan di atas adalah pandangannya yang dipetik dari kenyataan media Nik Aziz bertarikh 15/9/2013.

Kalau begitu jadinya, bermakna Nik Aziz telah tunduk kepada tekanan DAP yang mahukan wang zakat turut diagihkan kepada orang bukan Islam.

Sebelum ini, Mohamad Razali Abdul Rahman (bekas aktivis dan operatif Melayu-DAP) yang dipecat kerana mendedahkan perancangan DAP menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia, pernah membuat kenyataan terbuka yang 2 orang Adun DAP Perak telah bertemu Mufti Perak dengan hasrat mahukan separuh dari agihan zakat diperuntukkan kepada orang-orang Cina.
"Begitu juga wang zakat, boleh digunakan oleh orang bukan Islam. Bagi DAP, wang zakat merupakan wang cukai, kenapa orang bukan Islam tak boleh guna? 
Semasa saya memberi taklimat ini di hadapan Mufti Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri Harussani. Masa saya cakap benda ni, dia stop saya. Dia kata, bukan mereka akan minta, mereka dah minta dah. 
Semasa Pakatan Rakyat memerintah Perak 11 bulan, dia kata, dua orang ADUN DAP telah datang berjumpa dengan beliau dan minta agar separuh dari wang zakat Perak diberikan kepada orang Cina. Kalau Tuan-tuan sempat berjumpa dengan Tan Sri Harussani, tanyalah dekat beliau. Beliau akan menceritakan segala-galanya. Saya kata mereka akan minta, tapi beliau kata mereka dah minta pun," - Pendedahan Mohamad Razali Abdul Rahman, Bekas aktivis dan operatif Melayu-DAP
Memang diakui bahawa wujud khilaf ulamak berkenaan pengagihan zakat, yang mana ada pendapat yang mengatakan dibolehkan pengagihan kepada bukan Islam. Namun keputusan dibolehkan agihan tersebut kepada bukan Islam, hanya dibuat dalam keadaan Islam itu kuat dan bukan dalam keadaan Islam yang lemah seperti yang dipikul oleh PAS dalam Pakatan Rakyat.

Dalam keadaan PAS gagal meletakkan Islam ditempat yang dominan dalam Pakatan Rakyat dan ditambah pula dengan kedudukan ekonomi umat Islam yang lebih rendah berbanding dengan bukan Islam samada dalam Pakatan Rakyat mahupun negara, maka saya tidak nampak agihan zakat kepada bukan Islam menjadi keharusan.

Sebaliknya, ia lebih terarah kepada 'pemberian ufti' oleh PAS kepada orang bukan Islam kerana menjadi kelompok yang paling bawah dalam Pakatan Rakyat. Desakan DAP agar agihan zakat kepada orang bukan Islam, hakikatnya adalah berbentuk tekanan. Ini bermakna idea Nik Aziz telah mencemarkan kedudukan Mursyidul Am PAS kerana tunduk kepada tekanan DAP.

Cadangan Nik Aziz yang tidak merujuk kepada suasana dan keadaan, lebih menyerlahkan betapa tidak cerdiknya beliau dalam mengutarakan pandangan. Nik Aziz mengambil contoh agihan zakat kepada bukan Islam di Afrika Selatan, yang hakikatnya begitu berbeza suasana dan keadaannya berbanding Malaysia. Pemimpin Islam mungkin mengambilkiran kedudukan mereka yang minoriti dan atas muslihat tertentu maka agihan kepada bukan Islam terpaksa dibuat.

Tambahan pula, sumber hasil negara dan negeri melalui cukai dan tidak sepenuhnya melalui zakat, maka kebajikan orang bukan Islam boleh dipupuk dan dipelihara melalui sumber cukai.

Melainkan jika ulamak PAS yang mengepalai dan mendominasi Pakatan Rakyat, maka ketika itulah cadangan Nik Aziz akan dilihat sebagai praktikal.

Oleh itu, Nik Aziz seharusnya tidak SUKA-SUKA dan MAIN-MAIN dalam melontarkan pandangan kontroversial yang sedemikian.

Baca kenyataan media penuh Nik Aziz yang dipetik dari Harakah Daily.

10 comments:

Anonymous said...

Di Malaysia banyak lagi sumber yang boleh diberi kepada orang kafir seperti wang hasil judi dan arak. Kenapa hendak dirampas hak mutlak orang Islam. Ini ulamak tahap longkang. Yang dipanggil dalam Al Quran ulamak su'.
Rasulullah SAW bersabda :
"Akan muncul di akhir zaman orang-orang yang mencari dunia dengan agama. Di hadapan manusia mereka memakai baju dari bulu domba untuk memberi kesan kerendahan hati mereka, lisan mereka lebih manis dari gula namun hati mereka adalah hati serigala (sangat menyukai harta dan kedudukan). Allah SWT berfirman : 'Apakah dengan-Ku (kasih dan kesempatan yang kuberikan) kalian tertipu ataukah kalian berani kepada-Ku. Demi diriku, Aku bersumpah, Aku akan mengirim bencana dari antara mereka sendiri yang menjadikan orang-orang santun menjadi kebingungan (apalagi selain mereka) sehingga mereka tidak mampu melepaskan diri darinya." (HR. Tirmidzi).

Anonymous said...

Kutip dulu duit zakar daripada orang2 bukan Islam. Ade ke? PAS kutip dulu lah.

Anonymous said...

Pok Nik mula dulu la, nanti kalau ok orang lain ikut. Jangan asyik pandai suruh orang lain mulakan ...

Anonymous said...

Nik Aziz, wang zakat tu bukan tok ayah ko punya, jadi jgn nak memandai2. Cuba kau bincang dgn DAP duit tokong dia org bg kat PAS buat belanja. Apa dia org akan setuju?

hangkedee said...

Semakin menjadi jadi pork niky. Sudah meroyan tahap gaban.

Anonymous said...

Aduhhhhhh, org2 Islam yg layak menerima zakat pun x habis dicari dan diberikan hak mereka, Ini nak cadang diberikan kpd org2 bukan Islam. cth nya berapa ramai musafir telah diberikan zakat (tolongnya nyatakan), berapa ramai org2 Islam yg menanggung kesusahan kerana berhutang, rasa nya kategori ini x pernah sekali pun menerima zakat utk mengurangkan permasalahan mereka (tolong nyatakan moga dapat disemak/buktikan). Aduhhhhhhhh Ulama.. Ulamaaaaaaaaaaaaaaaa...

Anonymous said...

Duit zakat kita dia nak juga. dahlah ekonomi dia pegang, politik pun dia nak......siapa lebih kaya.... cina atau melayu. Ada ke orang cina bantu orang melayu yang miskin ....ramai lagi orang melayu yang miskin perlu dibantu....

Anonymous said...

Bolo punya olangg..... Luit cina lu ala lapatt ka....

Cina bayar cokaii? Haiyaa..... Manyak tipu aaa....

Cina tipu cokai laa....

Untung satu jota baya satu libu..... Haiyaa

Anonymous said...

kalau dah bersara tu eloklah buat benda2 yg berfaedah daripada memperkatakan benda2 yg mengarut...takut kalau mati nanti tak tertanggung seksa kubur..!!!

The Seven Thing said...

hati2 bila bercakap..nik aziz keluarkan nas dan dalil, jgn terlebih mulut dari akal.....kerajaan msia dimonopoli oleh islam, wajib bg kerajaan tunjuk kemuliaan islam, islam bukan eksklusif bgi org melayu shj, mksd muallaf bukan org yg bru masuk islam tp muallaf adalah org yg mendekati islam, lunak dgn islam...org yg bru masuk islam dia adalah org islam bukan muaalaf, knp Rasulullah tidak menggelarkan para sahabat yg mulia abu bakar, umar, uthman, abu zar, salman al farisi sebagai muaalaf?...kita org melayu ni suka melampau dlm tafsir apa2 isu, tidak berlandaskan nas dalil dan hadith........wang zakat malaysia lebih dr mencukupi tp mslhnya tidak diserahkan kpd asnaf, salah 1 contoh menteri d jabatan perdana menteri mengunnakan beratus juta duit zakat utk tanggung kos mahkamah dia...dan adakah menteri ini asnaf?......tanggungjawab kutib zakat adalah kerajaan dan kerajaan la yg kena agihkan kpd asnaf, bkn pembangkang, mereka bukan kerajaan, jika mereka blh agihkan tentulah mereka tidak akan minta kerajaan yg buat......anda semua boleh hina Nik aziz tapi tolong jgn hina ilmu, dalil dan nas yg dia keluarkan..jika kamu x setuju sila keluarkan nas dan dalil..islam berdiri di atas hujah, bukan maki hamun, kutuk, herdik, hina para ulama.....siapa kamu jika dibandingkan dgn nik aziz? adakah kamu mampu seumur hidup setiap hari endidik rakyat? adakah kamu mampu bertahan 23 tahun mentadbir kelantan dgn pelbagai tekanan yg dtg dan masih mampu catat rekod MB paling bersih (ini SPRM yg iktiraf bkn lim guan eng)......duit zakat, cukai, tabung haju, kwsp. saham bumiputera, bukan pembangkang yg lenyapkan tetapi kerajaan pusat, cuba belek belek sumber sahih kemana duit berbilion itu pergi, dn kenapa tidak sampai kpd golongan asnaf yg ditetapkan oleh Allah? adakah haji hadi yg memegang perbendaharaan negara? atau karpal singh yg sain duit keluar? atau anuar ibrahim yg luluskan duit duit itu keluar?....jgn terlebih melampau dari syaitan dalam mengulas isu berkaitan agama.....