Thursday, September 19, 2013

Chin Peng Nak Jadi Menteri Melalui Kerajaan Campuran Ketika Perundingan Dengan Cawangan Khas PDRM


Menyemak kembali butiran perundingan penamatan permusuhan antara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan Kerajaan Malaysia pada tahun 1988, buku "Wira Tak Didendang" tulisan Zainudin Maidin (ZAM) mendedahkan bahawa tuntutan utama PKM ialah pembentukan Kerajaan Campuran.

Hal ini membayangkan yang Chin Peng berhasrat menjadi Menteri.

Selain dari itu, tuntutan besar mereka ialah penyerapan anggota PKM kedalam pasukan bersenjata dan polis, disamping diberikan tanah 10 ekar seorang serta PKM dihalalkan sebagai parti politik di Malaysia.

Namun akhirnya Chin Peng sedar bahawa PKM tidak sekuat mana dan menerima syarat penamatan permusuhan dengan perjanjian yang simple dan ditandatangani oleh KSU Kementerian Dalam Negeri, Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara.

Artikel 3 di atas adalah sebagai bukti yang anggota PKM diberi peluang untuk menetap di Malaysia, tetapi mengapa Chin Peng tidak memilih untuk berbuat demikian?

Chin Peng pasti mempunyai sebab tertentu dengan keputusan tidak kembali di Malaysia dan penolakan majoriti rakyat Malaysia mungkin menjadi sebab utama.

Dengan pilihan itu, bermakna beliau sendiri tidak berminat menjadi sebahagian warganegara Malaysia yang majoritinya menolak fahaman komunis.

Jika Chin Peng membuat keputusan untuk kembali ke Malaysia pada 1989, apakah Mat Sabu yang berkira hendak menjadi calon PAS di Nilam Puri, Kelantan akan menyambut dengan tangan terbuka?

Jadi soal membawa kembali abu mayat Chin Peng tidak perlu diusahakan, kerana Chin Peng telah membuat pilihannya.

1 comment:

anti-CinaKiasu said...

Bagus lah bapak babi kominis ni dah mampos. Diharapkan babi-babi yang lain tu pun akan mampos dalam waktu yang terdekat ni. Sekarang kita kena tangani pengkhianat-pengkhianat hegara yang tumbuh bak cendawan lepas hujan....