Monday, January 21, 2013

Lagi Kemungkaran Anwar Ibrahim Sebagai Penasihat Ekonomi Selangor


Sejurus dilantik sebagai MB Selangor, TS Khalid Ibrahim telah mengumumkan perlantikan bossnya, DS Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Dengan perlantikan itu, Anwar punya kuasa untuk campurtangan dalam keputusan-keputusan yang membabitkan ekonomi di Selangor. Kenyataan ini amat sukar untuk disangkal oleh Khalid. Meskipun beliau punya kuasa eksekutif tertinggi di Selangor, mana mungkin ia tidak melibatkan keputusannya benar-benar bebas dari kuasa politik tertinggi dalam PKR yang dipegang oleh Anwar.

Semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, TPPT Sdn Bhd (syarikat yang ditubuhkan oleh Bank Negara yang berfungsi menyediakan dana  untuk projek perumahan dan fungsi diubah sebagai pemaju projek perumahan kos rendah dan mampu milik) telah menerima 27.11 ekar tanah di Pandamaran untuk dimajukan sebagai kawasan perumahan kos rendah oleh kerajaan Negeri Selangor.

Namun, projek tersebut telah terbengkalai sejak Anwar masih dalam kerajaan.

Setelah sekian lama terbengkalai, akhirnya TPPT telah melupuskan keseluruhan tanah kepada Melati Ehsan Consolidated Sdn Bhd (anak syarikat Melati Ehsan Holdings Bhd) dengan harga RM15.5 juta pada November 2009. Ini bermakna, harga adalah lebih kurang RM572,000 seekar.

Oleh kerana pemberian tanah adalah untuk perumahan awam kos rendah dan mampu milik, sudah tentunya dalam transaksi tanah tersebut mempunyai sekatan, iaitu tertakluk kepada pembangunan rumah jenis tersebut.

Dalam kes tanah 223 ekar yang dianugerahkan kepada kerajaan persekutuan, melalui Pesuruhjaya Tanah Negara untuk pembangunan Kem Tentera di Bukit Raja, Khalid mengancam akan membatalkan transaksi tanah tersebut, iaitu dari Pesuruhjaya Tanah Negara kepada pemaju Puspahanas, Awan Megah. [Baca butiran di SINI].

Berbalik kepada isu 27.11 ekar tanah di Pandamaran untuk projek perumahan kos rendah dan  mampu milik, ternyata Anwar dan Khalid tidak mengambil pertimbangan terhadap tujuan dan matlamat tanah tersebut. Mengapakah tidak memulakan precedent keatas tanah yang diambilalih oleh Melati Ehsan Consolidated?

Kini, sedang rancak dalam pembinaan di atas lot tanah berkenaan ialah rumah teres 2 tingkat (22' X 75') yang harganya mencecah lebih RM400,000 seunit.

Baca butiran seterusnya di SINI.

No comments: