Saturday, January 26, 2013

Khalid Ibrahim Kantoi, Lepas Sehari Lafaz Ikrar Sempena Maulidur Rasul


Ketika berucap di kawasan parlimen yang diwakilinya Bandar Tun Razak sempena sambutan Maulidur Rasul, MB Selangor Khalid Ibrahim dengan penuh keinsafan mengumumkankan bahawa ikonnya ialah Khalifah Umar Abdul Aziz.

Baca petikan portal Media Selangorku di bawah.


Malangnya, penyelewangannya kembali dilakukan hanya selepas sehari beliau melafazkan kata-kata di atas.

Semalam, berdasarkan bukti-bukti foto-foto dari portal Media Selangorku, Khalid telah menggunakan sewenang-wenangnya premis di kediaman Menteri Besar Selangor, untuk melancar jentera PRU kawasan DUN Ijok dan kawasan parlimen Bandar Tun Razak, yang kedua-duanya adalah diwakili oleh beliau.

Apakah Khalid telah menyewa generator set untuk menerangi dewan di dalam kawasan kediaman MB Selangor kerana majlis itu adalah majlis PKR dan bukannya majlis Kerajaan Negeri? Jika tidak, bermakna bahawa beliau telah mengkhianati ikrar yang telah dibuatnya sempena Maulidur Rasul.

Kediaman Rasmi MB Majlis Ramah Mesra dengan Dun Ijok dan Bandar Tun Razak 01

Kediaman Rasmi MB Majlis Ramah Mesra dengan Dun Ijok dan Bandar Tun Razak 02

Kediaman Rasmi MB Majlis Ramah Mesra dengan Dun Ijok dan Bandar Tun Razak 03

Kediaman Rasmi MB Majlis Ramah Mesra dengan Dun Ijok dan Bandar Tun Razak 04

No comments: