Thursday, September 8, 2011

Terjuling Mata Mat Sabu Bila Baca Fakta Ini!

UMNO bukan ditubuhkan kerana arwah Dato' Onn Jaafar hendaak mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Besar Johor. Dari segi keselesaan pun, rasanya arwah telah pun jawatan tersebut dizaman pentadbiran British. Sebaliknya, Dato' Onn ingin menyatukan orang-orang Melayu menentang Malayan Union.

Tertubuhnya UMNO, bermula dari Kongres Melayu 1 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru selama 4 hari bermu pada 1-4 Mac 1946. Kongres Melayu 1 ini adalah titik permulaaan penyatuan pertubuhan-pertubuhan Melayu yang bergerak secara bersendirian semasa pentadbiran British.

Rekod menunjukkan sebanyak 41 pertubuhan Melayu telah hadir dan menghantar wakil ke kongres berkenaan iaitu:-
  1. Pergerakan Melayu Semenanjung Johor, Johor Baharu
  2. Persatuan Melayu Segamat
  3. Persekutuan Melayu Kluang
  4. Kesatuan Melayu Johor, Muar
  5. Kesatuan Melayu Kedah'
  6. Seberkas, Kedah
  7. Persekutuan Persetian Melayu Kelantan
  8. Persatuan Melayu Kelantan
  9. Pergerakan Melayu Semenanjung Melaka
  10. Kesatuan Melayu Melaka
  11. Persekutuan Melayu Negeri Sembilan
  12. Persatuan Melayu Pahang
  13. Wataniah Pahang
  14. Persekutuan Guru-Guru Melayu Pahang
  15. Persatuan Melayu Seberang Perai
  16. Kesatuan Melayu Pulau Pinang
  17. Persatuan Melayu Pulau Pinang
  18. Perikatan Melayu Perak
  19. Persatuan Melayu Perak
  20. Persetian Muslim Telok Anson
  21. Persatuan Melau Chendering
  22. Persekutuan Muhibbah Malim Nawar
  23. Persatuan Melayu Perlis
  24. Persatuan Melayu Selangor
  25. Pergerakan Kebangsaan Melayu Selangor
  26. Ikatan Setia Kampung Baharu
  27. Kelab Penang Peranakan
  28. Dewan Perniagaan Melayu Malaya
  29. Persatuan Penghulu-Penghulu Selangor
  30. Persekutuan Guru-Guru Melayu Selangor
  31. Kelab Darul Ihsan, Jeram
  32. Persatuan Kaum Ibu Selangor
  33. Persekutuan Bawean Selangor
  34. Persekutuan Melayu Hulu Selangor
  35. Persatuan Melayu Daerah Sabak Bernam
  36. Kaum Darat (Orang Asli) Selangor
  37. Persatuan Melayu Jawatan Rendah Selangor
  38. Kesatuan Melayu Singapura
  39. Persatuan Melayu Terengganu
  40. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
  41. Pembantu Indonesia Merdeka Se Melayu
Nama besar seperti PKMM telah turut hadir dalam kongres tersebut. Antara-antara perwakilannya terdiri dari nama-nama besar seperti Dr Burhanuddin, Ahmad Boestamam dan Musa Ahmad (yang pernah berhijrah ke Beijing).

Cuma, PKMM telah menarik diri hanya kerana hasrat mereka untuk menggunakan bendera merah putih seperti bendera Indonesia sebagai bendera UMNO telah ditolak oleh para perwakilan, semasa Kongres Melayu 2 di Johor Baharu.

Tambahan pula, kita sedia maklum bahawa PKMM lebih mirip membentuk kemerdekaan bersama Sukarno untuk membentuk entiti Melayu Raya.

Saya tidak fikir hanya kerana usul bendera yang ditolak menjadi alasan mereka untuk tidak bersama UMNO. Sebaliknya, apa yang jelas ialah tokoh-tokoh mereka tidak terpilih menjawat jawatan-jawatan utama dalam UMNO.

Mana PAS? Mana PKR?

PAS hanya wujud apabila percubaan golongan ulamak untuk menjawat jawatan Yang DiPertua Agong gagal. Lantaran itu, mereka telah menarik diri dan menubuhkan Parti Islam Se Malaya pada 23 Ogos 1951 dan telah didaftar secara rasmi pada 31 Mei 1955.

Bukankah ini bermakna PAS adalah kumpulan merajuk dan inilah yang ditiru oleh kebanyakan mereka yang membontoti Anwar Ibrahim menyertai PKR!

Di manakah Mat Sabu ketika itu?

6 comments:

Anonymous said...

bilik 121 hotel perdana

Anonymous said...

tengah berkhalwat..huhu

snor4057 said...

tengah bershit

whiteorange said...

tengah buat pemindahan otak ke lutut

Anonymous said...

PAS = Parti Asalam seMalaysia

kalau Parti Islam seMalaysia mesti singkatannya PIS

PIS tambah satu lagi s menjadi Piss = kencing

jadi PAS = Parti Kencing seMalaysia

Anonymous said...

Menurut PAS, sejarah mereka berikut:

Sebenarnya, kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. Itulah sekelumit permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para ulamak yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah pertubuhan politico-dakwah yang penting di negara ini. Penglibatan dan sumbangan PAS dala politik negara bermula sebaik sahaja ia ditubuhkan walaupun ramai pengkaji mengatakan PAS hanya menyertai politik menjelang pilihan raya 1955.