Thursday, May 5, 2011

Nik Aziz Dititah Sultan Perbanyakkan Jalan Raya

DYMM Sultan Kelantan seorang Sultan yang prihatin terhadap pembangunan negeri. Bagi baginda, pembangunan infrastruktur adalah pemangkin kepada pembangunan negeri.

Memandangkan tuanku seorang yang muda, tampak keperluan pentadbiran negeri ditadbir oleh seorang yang lebih muda dari MB sedia ada disamping mempunyai wawasan yang boleh memacu pembangunan negeri.

Rasanya, itulah jalan terbaik yang dapat disesuaikan dengan kebawah duli tuanku.

KOTA BAHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mahukan lebih banyak kemudahan infrastruktur termasuk pembinaan jalan untuk rakyat dilaksanakan bagi merancakkan lagi ekonomi dalam negeri.

Baginda bertitah pembangunan infrastruktur untuk negeri Kelantan adalah penting kerana ia memberikan kemudahan untuk rakyat dalam mendapatkan perkhidmatan terbaik kerajaan.

Sambil mendedahkan bahawa Baginda sentiasa turun padang melihat rakyat dengan menaiki kenderaan, Sultan Muhammad V bertitah pembinaan infrastruktur seperti jalan-jalan raya amat penting bagi menjana ekonomi setempat kerana jalan raya menghubungkan rakyat dengan dunia di luar.
"Negeri Johor, Pahang ada lebuh raya. Kawasan persekitaran macam kampung atau bandar kecil sempat naik (membangun), makna ada rezeki. Saya selalu pergi ke mana-mana pakai kereta, jadi kita boleh tengok sebab (apabila) kampung ada jalan besar, kampung itu tidak mati.

"Jika jalan susah nak sampai mesti benda-benda lain pun akan susah, dia (kampung) tidak ada kesempatan untuk membangun jadi dia pun nak ada komunikasi jalan. Ini masalah yang ketara yang saya lihat," titah baginda pada sidang media khas yang diadakan di Istana Negeri, Kubang Kerian, petang semalam. [Bernama/Berita Harian]

2 comments:

Dot said...

apa peduli jalan lubang2? bulan bulat juga ada cantik lagi menawan?

lasi satu,

apa peduli air kuning ka keruh ka? itu putih di bulan juga suci & murni...

sebenarnya luahan hati orang2 kampung yg memerlukan pembelaan kerajaan islam ala pas sudah lama berkumandang namun pas & pemimpin2nya hanya syok sendiri. kononnya mrk telah banyal melakukan apa yg islam suruh walhal keperluan asas spt air & jalanraya bagi penduduk kelantan sering diabaikan...

jwbla kemdian hari...

Anonymous said...

tu la.. jkr yg kerajaan perseketuan punya x nk buat jln... ops.. nk buat jln mcm mne kerajaan persekutuan x bg duit kat jkr utk buat n baiki jln. hehe.. sultan titah kepada sape yg bertangunjwb. jln2 nie tangunjwb kerajaan persekutuan ye... study ckit.