Tuesday, June 17, 2008

Pembelaan Agama dan Bangsa

Kini ungkapan yang berbentuk semangat perkauman mahupun berbentuk keagamaan begitu allergic kepada semua pihak dan kaum. Kita akan dilabel sebagai rasis andainya pandangan kita lebih terarah kepada kaum yang dari mana kita datang. Begitu juga apabila hal yang berkaitan dengan keagamaan, maklum balas malahan mungkin dalam bentuk serangan mahu pun sindiran akan dilemparkan kepada pihak yang membuat kenyataan.

Hakikatnya, kegagalan BN mempertahankan 4 negeri yang dikuasainya adalah dikaitkan dengan ketidakpusan hati dikalangan masyarakat majmuk kepada konsep Ketuanan Melayu. Oleh kerana konsep tersebut disalahertikan dan diputarbelitkan, maka ini mendorong kepada prejudis dikalangan para pendokong pro-meritrokrasi. Saya telah menulis khusus berkenaan keperluan kepada pembelaan bangsa, yang pada hemat saya tidak pun bermaksud menafikan pengiktirafan kepada warganegara yang bukan berbangsa Melayu. (Sila rujuk http://azlantaib.blogspot.com/2008/06/ketuanan-melayu-atau-pembelaan-melayu.html).

Pertembungan antara UMNO dan PAS pada dekad 1980an hingga awal alaf baru lebih terarah kepada siapa yang lebih Islamic. Malah hal ini mengundang kegusaran kepada Karpal Singh yang pernah membuat kenyataan, antara lain meminta kedua-dua parti tersebut tidak terlalu bersaing untuk menunjukkan siapa yang lebih Islamic. Kenyataan ini mungkin didorong oleh kebimbangan yang mendorong kepada kewujudan sebuah negara Islam yang secara dasarnya didalamya terdiri dari masyarakat berbilang etnik dan agama.

Kematangan PAS dalam mengatur strategi politik ekoran dari kepimpinan yang tidak dikuasai sepenuh oleh mereka yang berlatarbelakang pendidikan agama, akhirnya mengakui keperluan perkongsian kuasa seperti yang diamalkan oleh UMNO melalui BN. Justeru itulah bagi menghadapi PRU12, PAS telah memetrai kerjasama bersama PKR dan DAP dalam menyaingi BN.

Oleh kerana lebih terdorong dengan keperluan dan kehendak politik pada masa itu, persefahaman lebih kepada hal meletakkan calon-calon bagi menyaingi BN. Hakikatnya, gabungan PAS, PKR dan DAP telah terlepas pandang dalam menggariskan idealisme perjuangan dan halatuju pakatan tersebut. Hal ini mengakibatkan sedikit kecelaruan, walhal 5 negeri telah dikuasai oleh gabungan tersebut. Malahan, hanya selepas PRU12 barulah secara rasmi persefahaman diikat, lalu tertubuhlah kerajaan yang dinamakan Pakatan Rakyat (PR) di negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah disamping Kelantan yang sememangnya dibawah pemerintahan PAS.

Meskipun PR telah menubuhkan kerajaan namun, jika sebelum ini tuduhan dilemparkan keatas UMNO sebagai parti perkauman, kini PAS pula menjadi mangsa terbaru. Hal ini adalah seperti yang ditulis oleh blogger Roslan SMS di http://n32.blogspot.com/2008/06/sebut-sahaja-islam-kena-serang-ada.html.

Mengambil iktibar ini, seolah-olah ada konspirasi yang khusus untuk melemahkan pembelaan Melayu dan mempertahankan Islam. Ironinya, mengapa UMNO dan PAS yang menjadi kambing hitam? Mungkinkah PKR yang bukan berasaskan kaum dan agama tidak menjadi bahan sindiran dan kecaman kerana mereka mempunyai ideologi yang serupa dengan DAP? Dalam menentang arus ini, kepada pihak mana yang harus diletakkan tanggungjawab ini? Justeru ditahap mana pun pembelaan agama dan bangsa ini diletakkan; samada agenda utama mahupun agenda sampingan, perjuangan demi agama dan bangsa harus digerakkan dalam membentuk bangsa Melayu beragama Islam yang dinamik lagi perkasa dalam bersama memakmurkan Malaysia yang pelbagai etnik ini. Meminjam kata bistari, Islam itu matlamat bukan alat.

5 comments:

azlishukri said...

Salam, saya suka artikel, ini dan blog saudara akan saya link dengan blog saya harap maklum..

Akar Umbi said...

Saudara Azli

Terima kasih diatas kerjasama saudara.

mohad said...

salam... saya telah link blog ni..

melayuangkat said...

Saudara Azlan,

Tulisan ini memang tepat sekali. Barisan Pembangkang telah memainkan isu 'ketuanan melayu',dan bila ianya menjadi pada PR lalu,maka mereka tahu bahawa isu ini akan menentukan usia mereka bertapak lebih lama di Parlimen.

Maka jika kita perasaan, isu ini adalah menu utama mereka. Sebut saja apa apa Melayu atau Islam kita akan dilabel sebagai rasis. Kita ini memainkan isu perkauman.

Tapi bila Wee Choo Keong, MP WP dalam blognya sedikit masa dahulu menghina dan menulis bermacam macam fakta yang tidak betul mengenai peniaga peniaga kecil Melayu di ibu kota sehinggakan Persatuan Peniaga Melayu membuat bantahan dan memintanya memohon maaf secara terbuka, atas segala kesulitan yang timbul akibat penulisannya- ia nya di sebut sebagai satu proses Demokrasi!!

(Akibat tulisannya juga, hubungan Peniaga kecil Melayu dengan Peniaga Cina telah terjejas dan amat menyulitkan mereka mencara rezeki) Tapi ini mereka sebut sebagai Demokrasi!

Kita berharap sesuatu akan dilakukan contohnya menjelaskan sebenarnya apa Ketuanan Melayu itu yang telah pun kita rakyat Malaysia sama sama perjuangkan TANPA mengenepikan hak hak bangsa lain di negara ini, (sama ada dari segi ekonomi dan perniagaan mereka atau kebebasan mereka beragama), TANPA mereka sedari pun.

NieZearm said...

Terlalu banyak yang perlu diubah sampai tak tau nak mula kat mane? Salah siapa?