Saturday, June 21, 2008

Laksa 2

Sahabat blogger kuanderas mengingatkan saya bahawa laksa KELANTAN dipanggil laksam. Saya mengucapkan terima kasih dan kalau tak silap ia kuahnya seakan-akan laksa JOHOR, cuma warna putih kuahnya ada sedikit kehitaman, barangkali ada ditambah belacan atau asam?. Kalau benarlah telahan saya, bagus juga tu malah lagi memudahkan bagi mereka yang ingin membuat malah menjual laksa JOHOR. Betapa tidaknya, jika ada pelanggan tidak suka hanya laksanakan modifikasi keatas laksa JOHOR iaitu tambah belacan atau asam maka jadilah ia laksa KELANTAN @ laksam! Kepada mereka yang pakar tentang masakan ini, tolong betulkan saya, chef yang tak berkelayakan ini.

Seorang lagi sahabat blogger, melayuangkat memberitahu beliau juga suka laksa Kedah asli dan di mana boleh diperolehi. Malangnya saya tidak tahu laksa KEDAH yang sedap di sekitar Lembah Klang. Dulu ada, tapi baru-baru ni ada sedikit masalah dengan PBT, maka penjual laksa KEDAH merajuk dan enggan untuk berniaga lagi. Dengar ceritanya, kalau YDP bertukar orang, kemungkinan besar beliau akan berniaga semula.

Memperkatakan tentang laksa, saya teringat pula yang sebenarnya ada makna lain disamping bermaksud sejenis makanan. Oleh kerana saya tidak memiliki Kamus Dewan, maka saya pun membuka kamus dwibahasa Oxford Fajar (ingat, saya bukan bertanya dengan siswazah Universiti Oxford saya cuma merujuk Kamus Oxford Fajar) dan untuk laksa 2, ia bermaksud "ten thousand". Kalau berlaksa-laksa maknaya tens of thousand. Oh, tersasar jauh sama sekali rupanyanya. Terus terang saya katakan, selama ini saya beranggapan bahawa laksa bermaksud "billion"!

Sesungguh insaf bercampur sedar bila mengetahui sebanyak mana nilai 1 laksa itu. Sekiranya pendapatan tahunan sebanyak 1 laksa maka selayaknya rumah PPRTlah kita. Hari ini pun kalau pendapatan bulanan dibawah 1/2 laksa, maka tercungap-cungaplah kita untuk meneruskan kehidupan berkeluarga, apatah lagi di Lembah Klang.

Sepanjang minggu ini, persoalan ditimbulkan tentang CEO GLC yang mendapat 10 laksa sebulan. Bukan sombong, jika saya berkelayakan menjadi CEO pun, pasti saya pun letakkan penanda aras pada 10 laksa. Betapa tidaknya, di organisasi multi-nasional sememang ditahap itulah ukurannya. Tambahan pula, mereka ini bertanggung jawab sepenuhnya terhadap operasi syarikat, waimah sekeru tanggal pun mereka kena menanggung beban tanggung jawab daripada pemegang-pemegang saham. Jika kita masih terus mempersoalkan, bermakna kita tidak mahu menyokong bangsa Malaysia (saya tak mahu sebut bangsa Melayu, nanti orang kata rasis). Namun, suka saya ingatkan kepada CEO-CEO berbangsa Malaysia supaya disamping memaksimumkan pulangan organisasi dan pemegang saham, janganlah lupa terhadap tanggung jawab sosial dan negara, khususnya dalam kemelut ekonomi yang melanda negara.

Pada 1997, Pergerakan Pemuda UMNO yang dipimpin oleh Dato' Ahmad Zahid Hamidi telah melancarkan gerakan menambah bilangan 'Golongan Kelas Menengah Melayu' dan kalau saya tidak silap ukuran golongan kelas menengah diukur pada pendapatan bulanan yang melebihi 1/2 laksa. Selepas 10 tahun, tentunya telah ramai orang Melayu yang telah tergolong dalam masyarakat kelas menengah Malaysia. Justeru, tentunya usaha-usaha kearah itu tidak perlu dilaksanakan lagi. Tambahan pula jika usaha-usaha tersebut diteruskan, bermakna anda telah melanggari etika lanskap politik hari ini dan sesungguhnya anda akan dilabel sebagai 'rasis yang ketinggalan zaman'(?).

Akhir sekali, ini bukan berkenaan LAKSA MAKAN mahun pun LAKSA UKURAN NILAI tetapi ingin menyampaikan ucapan tahniah berserta angkat topi kepada DAP. Ucapan rasmi saya berbunyi "TAHNIAH DAP KERANA KAMU TELAH MENCAPAI MATLAMAT KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA SEBELUM KAMU MEMERINTAH NEGARA".

8 comments:

melayuangkat said...

Salam Saudara,

Melalui pengalaman saya sendiri, memang benar pada 1997 kerajaan telah mahu mengenegahkan supaya orang Melayu pun boleh berniaga dan semoga ramai CEO Melayu akan wujud setidak-tidaknya 30 peratus dari keseluruhan dunia koperat Malaysia yang didominasi oleh Cha Ya Nun Alif . (Sekarang ini mungkin Melayu tinggal 15%)

Sekarang 2008, amat malang sekali, sekarang ramai antara mereka gulung tikar dan ramai yang menanggung hutang keliling pinggang jika tidak bankrap.
Sebab, bila hendak berniaga kami ambil loan dari bank dan banyak harta dicagarkan ke bank. Memang kerajaan ada bantu tapi tidak cukup.

Bukan kami tak bersyukur, tapi pada yang faham dunia perniagaan, kami masih perlu wang untuk rolling business dan cash flow.

Pengalaman berniaga amat berharga dan menjadi asset bagi kami. Tapi ia tidak semudah yang dilihat dengan mata kasar. Hanya Allah swt yang tahu apa yang kami lalui. Tidak ada apa yang di envy pada CEO CEO, tugas bertimbun, masa di rumah terhad kerana tekanan kerja yang tinggi. Macam macam lagi.

Kami bersyukur diberi peluang oleh kerajaan, sebab dasar kerajaan dapat merasa jadi CEO,disuatu masa dulu. Memang gaji banyak, bayar income tax pun banyak, zakat pun banyak, Alhamdulillah. Tapi ini cerita dulu, sekarng? Hanya Allah swt yang boleh selamatkan dan tolong kami. InsyaAllah.

C.H.E Dayat said...

assalamualaikum kepada rakan blogger saya.. thanx for comment in my blog.. hmm insyaallah.. kita cuba menyokong antara satu sama lain untuk menjadikan blog kita sebagai wadah penjana minda dan gerakan rakyat... any info or anything there is to share please email me at

hidayat_rashid@yahoo.com.. jika boleh sudi kiranya saya mendapatkan email saudara.. thanx

Mohd Nadzri Kamsin said...

Bagaimana pula dengan LAKSAmana?

Cheguman said...

Bila bercakap soal laksa-laksa (dah lama tak guna istilah ni), seolah kita dah jauh maju ke depan. Namun kita lupa masih ramai yang hatinya mesih disaluti penyakit hasad dengki. Saya fikir hal itu perlu diselesaikan sama.

(Yang pasti, laksa Mak Andak saya di Jitra Kedah memang special).

zukeri said...

Pembetulan,
Di Kelantan, laksa lain, laksam lain. Kuah sama tapi jenis makanannya lain, laksam macam kuih tiaw.

Akar Umbi said...

Zukeri

Terima kasih kerana membetulkan dan nampaknya kalau nak modify laksa johor terpaksalah tukar dengan bahan-bahanya sekali kot?

man_helang said...

salam...

aiseh, lg sekali aku terinagt kat makanan la...hu hu

aku sikitpun tak berasa iri dgn gaji CEO GLC yg mencapai berpuluh laksam tu (pening pakai ayt ko), memandangkan tugas2 mereka pun bukan calang2, cuma aku agak terkilan bilamana mereka ni tdk menyempat2 mahukan kenaikan gj sehingga 100% sedang keadaan ekonomi yg agak kritical sekarang, tunggulah bilamana ekonomi dah pulih kembali, kalau nak naik 120% pun aku tak peduli, sebabnya nanti kita juga akan berasa kesannya...

lg satu yg aku sedihkan ialah bilamana syarikat GLC ini agak kurang berjaya atau hampir terlingkup (disebabkan salah urus tadbir oleh CEO), mereka dgn mudah meminta pertolongan gomen untuk menyuntik dana2 bg mengimbangi defisit syarikat (atau senang kata, mereka memulangkan balik syarikat tersebut kepada kerajaan untuk ditadbir) bila keadaan sudah stabil mereka dgn tak malu ingin mentadbir semula (lihat kes MAS, PLUS, apa jd dgn perwaja (besi keluarannya lansung tdk diiktiraf)

sudah pasti gomen mahu atau tdk akan terus memastikan syarikat ini terus hidup jika tdk ianya akan tergadai pada syarikat2 mega dr 'SEBERANG TAMBAK', kalau beginilah cara urus tadbir mereka, bg budak tadika pun bleh, 'bila senang aku ambik, bila susah ko ambik'..itu yg aku kesalkan

Desperado said...

Laksa Penang jugak tak bleh lawan...
nanti bleh campur otak udang...perisa guan eng!

www.pilihananda08.blogspot.com