Laman Blog Dunia Tiger, ada menyentuh tentang keputusan mahkamah berhubung kerusi DUN Perlis, Sanglang (http://duniatiger.blogspot.com/2008/06/kerusi-sanglang-kosong.html). Seperkara yang menarik perhatian saya, bukannya berhubung keputusan mahkamah tetapi bila beliau menyentuh sedikit berkenaan laksa Kuala Perlis.
Fikiran saya mula melayang dan terbayangkan kelazatan laksa yang merupakan satu dari pelbagai aneka makanan Malaysia. Memang diakui bahawa untuk menikmati laksa yang lazat di negeri kelahiran dan kediaman saya, Selangor memang agak sukar. Setakat laksa biasa, siapa-siapa pun boleh buat dan mudah dibeli di pasar. Sebaliknya yang membezakan kelazatan laksa ialah ramuannya atau lebih tepat bergantung kepada kuahnya.
Ketika remaja iaitu di awal 1980an, saya dan abang saya telah berkunjung meziarahi keluarga bapa saudara di Alor Star. Maklumlah, semalaman perjalanan dengan bas ekspress dari KL ke Alor Star membuat kami mengantuk, lalu kami menjadikan alasan untuk bersiar-siar di bandar sebagai helah untuk keluar rumah. Sebenarnya kami ingin mencari tempat tidur kerana malu rasanya kalau seharian tidur baring di rumah. Lalu kami pun menuju ke perkarangan Stadium Darul Aman, mencari bangku-bangku untuk berbaring dan tidur. Bila hari semakin panas dan tidur pun semakin tidak selesa maka kami pun bangun. Kebetulan kami nampak ada penjual laksa dan terasa pula untuk mencuba laksa KEDAH. Wah, memang lazat laksa KEDAH. Kini lebih suku abad berlalu dan kelazatan masih terasa-rasa. Hari ini, kalau hendak dicari belum pasti dapat berjumpa lagi. Apa yang pasti, mungkin penjual laksa itu sudah pencen dan tidak berniaga lagi.
Sememangnya menjadi buah mulut orang laksa PENANG juga sedap. Meskipun Pulau Pinang menjadi satu desinasi yang kerap saya kunjungi, namun laksa PENANG tidak begitu menarik perhatian saya. Sebaliknya, nasi kandar menjadi pilihan utama saya. Tambahan pula makanan tersebut begitu sinonim dengan negeri tersebut. Pernah juga mencuba laksa PENANG, iaitu sekitar 2004 di espalanade dan rasanya boleh tahan juga. Namun, dalam kunjungan terbaru pada 2008 ini, buat kali kedua saya mencuba laksa PENANG tetapi terasa seolah-olah hambar kuahnya. Macam ada yang kurang dan lebih teruk lagi saya terkena sakit perut yang teramatnya. Justeru, saya berasa serik malah sudah tidak teringin menjamah untuk kali ketiga.
Apapun memang diakui, kalau memperkatan tentang laksa, tentunya laksa utara memang sedap. Teringin juga untuk mencuba laksa KUALA PERLIS. Rasanya, kalau minta Pak Teh bawa untuk makan di sana, mungkin dia dengan tangan terbuka akan membawa kita ke sana.
Disamping laksa utara yang sudah saya uji, di Kuantan juga sebenarnya ada laksa. Bapa mertua abang saya ada mengusahakan pembuatan laksa mentah dan di jual di pasar Kuantan. Biasanya kalau saya menziarahi beliau, laksa mentah akan dibekalkan kepada saya untuk dibawa pulang. Saya tidak pasti samada laksa PAHANG juga setanding, mengikut selera saya seperti laksa KEDAH. Cuma bagi ujian laksa PAHANG ini , ia dinikmati dengan kuahnya dimasak oleh emak saya di rumah.
Sebenarnya laksa, tidak kira di Kedah, Pulau Pinang, Perlis mahupun Pahang, bentuk kuahnya hampir serupa. Kalau kita menjelajah ke selatan tanah air, kuah laksanya begitu berlainan. Laksa JOHOR berkuahkan santan dan kelihatan lemak dan disulami juga dengan cili padi. Terus terang saya katakan bahawa laksa JOHOR tidak pernah saya mencuba. Namun begitu, mengikut ceritanya boleh tahan juga dan kalau ada peluang teringin juga untuk mencuba. Sementara itu di Johor Bahru, banyak juga orang menjual OTAK-OTAK, tetapi tidak pula teringin untuk mencuba, cuma tengok-tengok sahaja.
Suatu hari, tidak berkaitan dengan laksa, saya telah dihidangkan dengan daging panggang. Ia dihidangkan dengan sos yang kelihatan seperti air asam. Sebenarnya itu bukanlah air asam tetapi budu KELANTAN. Kalau saya tahu seawal lagi bahawa itu budu, sudah pasti saya tidak menjamahnya. Yalah, akibat kesombongan diri sendiri, akhirnya mengakui kelazatan budu KELANTAN!
Di SELANGOR pun tidak kurang juga aneka makanannya. Sebelum Mac 2008 memang saya mudah menikmati makanan seperti sate, tempeh goreng, lontong dan lain-lain lagi. Pelik juga kenapa sekarang mereka tidak lagi berniaga. Walau pun begitu telah berlaku satu trend perkembangan industri MAKANAN SEGERA di Selangor tetapi bisnes francais. Pada 2004 cuma ada 1 outlet, tapi ditutup pertengahan jalan sebelum mencapai fasa 4 tahun pertama. Satu perkara yang menarik, outlet ini bercambah 3 sekali gus pada tahun ini. Bagi saya yang berada dikelompok akar umbi ni, hakikatnya tidak berkemampuan mengunjungi ke restoran dan membeli MAKANAN SEGERA. Oleh itu, masak sendiri dan makan sendiri.
9 comments:
aiseh brader...
ko cte pasai mkn nih terliur plak kau membacanya...tp kat tambun nih takdo kedai mkn yg betul2 bleh meninggalkan kenangan, time aku p johor dlu ade gak...pekene mee rebus johor...sampai ke la ni aku ingat rasanya...slruppp...
Apalah ko ni Man, aku dah siap bagi huruf besar ko x faham. Ko pergi tunjuk kat org2 atas, alamat ko kena penampar.
Dah gawat ni jgnlah asyik nak makan, ubahlah cara hidup
azlan, saya memang suka laksa utara. 2, 3 pingan sekali pekena. memang berselera. di BNO sabak bernam ada gerai makan. mee udang sedap dan menyelerakan. udang banyak dalam pinggan. tak cukup satu pekena 2 pinggan. jangan segan-segan.
Semalam tokmad singgah Penang pekena Mee Udang Sg dua. Udang galah fresh sekilo 80 ringgit..memang best
Saudara Azlan,
Rupa-rupanya banyak juga Laksa di Malaysia:-
1.Laksa Kuala Perlis
2.Laksa Kedah
3.Laksa Penang
4.Laksa Pahang
5.Laksa Johor
Lagi satu Laksam (Laksa Kelantan)
Kuanderas,
Terimakasih atas maklumat yg diberi.
salam..
saudara azlan..saya baru sekejap tadi menghubungi S/U PAS kawasan Tanjong Karang tanya tentang hal ini..saya difahamkan bahawa kerajaan negeri melalui pengakalan data yang ada akan senaraikan seluruh anak2 selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT, selepas itu wang bantuan itu disalurkan terus kepada anak2 selangor yang layak mendapatkan bantuan wang ini..saudara tidak perlu pergi ke mana2 pejabat untuk membuat permohonan..apa2 perkembangan terbaru saya akan maklumkan pada saudara..terima kasih.
lan...
aku bukan tak paham...dah terang lg benderang...tp aku malas nak ulas yg terselindung, aku bab mkn, nampak tang mkn jek, lain aku tolak tepi...hu hu
Salam Azlan,
Mak Cik pun minat dengan laksa kedah. Di mana ada jual Laksa Kedah 'Asli' di Selangor ini? Kalau tak ada, nampaknya kena cuti cuti Malaysia ke Alor Starlah kami sekeluarga.
Post a Comment