Monday, June 30, 2008

Generasi Malang

Saya beranggapan bahawa saya adalah tergolong dalam "Generasi Malang". Apakah ini ujian bagi diri saya sebagai generasi pasca-merdeka yang melalui pelbagai peristiwa-peristiwa malang yang berlaku dalam kehidupan yang merangkumi peribadi dan juga masyarakat. Berikut saya senaraikan satu persatu, liku-liku malang yang saya telah lalui.

1. Rokok

Secara jujur saya merupakan perokok, malah memahami bahawa merokok adalah merbahayakan kesihatan. Namun, akibat sudah terjebak masih lagi berdegil menghisap rokok. Permulaan belajar merokok akhirnya dapat dikesan oleh ayah dan telah ditegur malah dimarahi, walau hakikatnya ayah seorang perokok. Itu pun kira bernasib baik jika dibanding dengan seorang sahabat yang kena penampar dari ayahnya.

Apabila telah dewasa dan beranak-pinak, bertambah malang menimpa. Anak yang kesemuanya 5 orang, termasuk isteri adalah anti rokok. Malah pernah mereka menampal poster larangan merokok (yang dilukis oleh anak bongsu yang masih di tadika ketika itu) di bilik bacaan mereka. Tidak kira dalam rumah mahupun di luar rumah, dalam diam mereka menghitung setiap batang rokok yang dihisap oleh saya dan akan diingatkan bila terlalu bersambung puntung.

Perokok seperti saya, kini bagai seorang anti-sosial. Di masjid, sementara menunggu waktu solat terpaksa berdiri di tepi pagar masjid, sementara kalau ada mesyuarat PIBG di sekolah terpaksalah menyorok-nyorok menghisap rokok di tandas seperti budak-budak nakal. Dulu di IPTA saya bebas menghisap rokok tetapi ketika mendaftar anak Sabtu lalu, terpaksalah menahan ketagihan rokok yang teramatnya demi menghormati zon larangan merokok.

2. Blog

Pengalaman saya sebagai IPTA pada awal 80an, kemajuan teknologi tidaklah sepesat hari ini. Komputer tidaklah secanggih hari, namun yang masih ingat pernah belajar teori (kurang praktikal) untuk subjek Data Processing. Tugasan-tugasan bagi yang diberikan oleh pensyarah selalunya ditulis tangan sahaja tetapi bagi mereka yang rajin dan inginkan markah lebih terpaksalah mereka menggunakan mesin taip.

Meskipun begitu, pada masa itu telah bermula evolusi teknologi maklumat malah seakan-akan blog pada hari ini. Biasanya kepada mereka yang meminati politik atau pun isu-isu semasa, mereka akan menampal artikel-artikel yang mereka fotostat dari akhbar, majalah, jurnal dan lain-lain sumber di papan kenyataan. Andainya artikel itu menarik maka akan adalah komen di ruang-ruang kosong artikel tersebut. Contohnya, 'artikel ini benar dan pernah terjadi di kampung saya'. Kemudian akan disambut pula dengan ayat yang kontra misalnya 'aku pun duduk kampung tapi tak ada pun macam ni'. Begitulah seterusnya rantaian komen dan maklumbalas diberikan malahan tentunya sebahagian besar penuh dengan unsur kelucuan.

Disamping artikel yang ditampal di papan kenyataan, seperkara lagi yang menarik ialah rantaian mesej yang diconteng di dinding tandas. Antara contoh rantaian contengan mesej di dinding tandas antaranya 'barang siapa nak buang air sila buka seluar', 'Woi, kalau tak buka seluar macamana nak buang air?', 'orang yang tulis ayat ini bodoh', 'orang yang tulis ini tidak bodoh, kalau bodoh macamana dia tulis?' dan lain-lain sambungan ayat.

3. Politik

Dikala menjejaki IPTA juga merupakan era baru politik negara apabila Tun Dr Mahathir ketika itu mula menerajui kepimpinan negara. Pada pemerhatian saya, pada waktu itu bermulalah transition sosialisme-islam-kapitalisme. Disitu juga peralihan kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan gandingan Anuar Ibrahim dan Najib Tun Abdul Razak yang masing-masing sebagai Ketua Pergerakan dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda. Malangnya, pada hari ini masing-masing berada di wadah perjuangan yang berbeza. Namun, persamaan yang mereka lalui ialah masing-masing berdepan dengan isu; iaitu Anwar dengan laporan polis oleh Saiful Bukhary sementara Najib berdepan dengan dengan perakuan berkanun Raja Petra.

Lebih-lebih malang lagi, pada hari ini keistimewaan dan hak bangsa saya telah satu persatu dipersoalkan. Walau pun saya adalah sebahagian dari GENERASI MALANG, itu tidak akan melemahkan semangat saya untuk meletakkan diri di arus perdana agar tidak ketinggalan. Sesungguhnya, bagi saya pengkisahan yang dipaparkan di atas adalah sebahagian dari proses kematangan dalam menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang.

7 comments:

melayuangkat said...

Salam Saudara Azlan,

Saya tidak fikir awak malang hanya kerana awak menghisap rokok. Memang khilaf Ulama ada yang mengatakan ianya ketahap haram kerana diqiyaskan dengan sesuatu yang kita ambil yang akan memudaratkan diri kita.

"Malang" adalah terlalu extreme kerana kamu masih boleh merubah keadaan ini JIKA kamu mahu. Banyak terapi terapi yang boleh kamu ikhtiarkan.

Terbaru, seorang kenalan suami saya, seorang Doktor telah melalui satu terapi hipnotism (pukau) untuk membolehkan dia berhenti merokok. WaAllahuAlam tidak pula saya follow up, berjaya atau tidak. Kalau betul betul mahu berhenti, berusahalah dan jangan putus asa. Googlelah dan cuba.

Tentang Politik, saya malas nak komen sebab memang tak pandai dan dah letih dengar cerita Anwar Ibrahim. Satu negara, heboh, kecoh, belajar tak habia, kerja tak siap, solat tak kyusuk hanya kerana cerita dia.

kuanderas said...

Saudara,

Daripada beberapa cerita, saya cuma ingin mengulas tentang anwar ibrahim.

Pemecatannya berlaku sewaktu saya di universiti, ketika itu saya sering juga berkunjung ke siri ceramahnya untuk mendengar penafian jelas bahawa dia tidak meliwat.

Bagaimanapun penjelasannya sering meleret dan menjurus kepada kisah orang lain, apatah lagi untuk bersumpah bahawa beliau tidak meliwat.

Bagaimanapun, tuan punya badan sahaja yang tahu..

Desperado said...

AMARAN KERAJAAN MALAYSIA

"MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN"

www.pilihananda08.blogspot.com

Sutera Timur said...

Salam saudara AZLAN,

Sedih juga bila mengetahui saudara seolah ketagihan merokok sehingga merasakan seolah olah saudara tidak boleh meninggalkannya.Itu semua hanya perasaan kita sahaja.Permasaalahan ini pernah dialami oleh suami saya.Memang susah nak buang tabiat ini.Tahukah saudara apabila asap memasuki tubuh kita ia telah melambatkan proses perjalanan darah kita. Saya ingin menasihatkan saudara supaya tinggalkan merokok jika saudara mengasihi keluarga saudara.Suami saya akibat terlalu lama merokok akhirnya tubuhnya menjadi lembek dan tak boleh berjalan ,terpaksa dipapah dan tinggal dihospital selama sebulan dan terpaksa belajar berjalan dgn bertongkat.Rupa-rupanya keadaan itu telah menjadikan ia serik dan seolah olah bertaubat tidak akan merokok sehingga sekarg dan boleh pun.Saya harap saudara tidak akan jadi seperti itu baru hendak berhenti merokok.Yang paling menghairankan saya suami saya kini langsung tidak merokok malah katanya rokok tu seolah-olah busuk.Tentulah saya gembira kerana kini suami saya dah wangi dan sihat tanpa rokok.Merokok atau tidak itu semua atas diri kita sendiri,hendak seribu daya ...tapi sekurg-kurg nya hargailah pendapat anak kecil saudara yg sangat prihatin terhadap kesihatan ayahnya.........masih belum terlambat untuk berhenti ...merokok....saya harap saudara dapat bertindak dgn bijak dari sekarg......wassallam...

Akar Umbi said...

Terima kasih diatas sokongan dan nasihat para sahabat bloggers. Mungkin hari ni kotak yang terakhir kot!

man_helang said...

salam...

terimakasih terhadap ulasan anda dlm blog sy...

sy rasa sy boleh memahami akn tabiat ketagih rokok saudara itu, sy pun ketagih jugak tp bukan ketagih rokok, memang sukar nak hilangkan ketagihan itu, setiap kali kita berazam, tiap kali itu jugalah pelbagai godaan tiba, seringkali dlm hati berkata 'TAKPE KALI NI LAST, LAIN KALI TAK DAH'... tp itu semua tak menjadi...

seingat aku dah beratus2 azam seperti itu aku sematkan didalam hati, tp tak satu pun melekat, dan aku masih berharap satu hari nanti aku akan berjaya mengatasinya sebelum aku terlambat...begitu juga hendaknya pada saudara...wallahualam

Letting the time pass me by said...

Saya juga seorang perokok suatu masa dulu... mula hisap rokok seawal umur 10 tahun secara suka-suka.. dan umur 18 tahun dah jadi pusher rokok kat Maktab..

Tapi saya akhirnya diizinkan Allah untuk berhenti merokok sekitar tahun 1999...

Alhamdullilah...