Suatu ketika dulu, Ajai komposer yang terkenal di persada hiburan tanahair pernah menghasilkan lagu yang bertajuk 'Keliru' dan didendangkan secara berduet dengan Nurul. Lagu 'Keliru' ini pernah memenangi Juara Lagu TV3, namun terdengar juga kontroversi disebalik kemenangan tersebut. Bagi saya, yang bukan ahli dalam muzik, malah buta seni pula menerima sahaja keputusan yang telah dibuat oleh para juri. Apakah hak saya untuk membuat ulasan tentang keputusan tersebut? Akan tetapi, bila mendengar soksek itu timbul, sedikit sebanyak mendorong diri saya untuk menjadi keliru!
Merujuk kepada suasana politik pada hari ini, satu persatu isu timbul. Menjelajah dari blog ke blog, para blogger ada yang mengandai bahawa Malaysia kaya dengan isu (http://aspanaliasnet.blogspot.com/2008/07/malaysia-kaya-isu.html), disamping ada menyatakan teori konspirasi ciri politik Malaysia (http://kadirjasin.blogspot.com/2008/07/teori-konspirasi-ciri-politik-malaysia.html) dan lain-lain blog yang penuh dengan pelbagai pendapat pro dan kontra. Pandangan, pendapat malah penghujahan membuat akar umbi menjadi keliru. Betapa tidaknya, analisis bukan sahaja terfokus kepada isu sebaliknya mengundang penemuan pelbagai teori.
Disamping itu, tokoh-tokoh seperti Jamalladin Al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh dipertikaikan kredibiliti masing-masing seperti yang terdapat di (http://korban-demokrasi.blogspot.com/2008/06/cloak-of-religious-man-jubah-orang-alim.html. Biarpun mungkin artikel tersebut bertujuan sebagai pembetulan persepsi, sedikit sebanyak akan menimbulkan kekeliruan dikalangan khalayak.
Secara peribadi, perbezaan pendapat adalah baik. Sewajarnya, perbezaan pendapat haruslah dianggap sebagai suatu proses pencarian resolusi yang terbaik. Cuma dalam keadaan si penghujah dan si pendengar hujah saling berbantah maka tercetuslah polemik yang berterusan dan hilang kewarasan masing-masing. Namun begitu, diam bukan bemakna keliru sebaliknya membuat analisis dibenak pemikiran dalam mencari kewarasan dan kewajaran. Sesungguhnya, kekeliruan tidak timbul pada mereka yang berpendirian (tidak kira pro mahupun kontra), cuma ia akan wujud dikalangan yang tidak berpendirian. Mungkin, apabila kekeliruan lebih terserlah, akibat dari sesuatu isu terlalu dipropagandakan; ketika itu nanti akan datang hero (mungkin opportunis?) yang muncul ditengah-tengah kekusutan dan kecelaruan tersebut. Oleh itu, tunggu dan nantilah kemunculannya. Jika keadaan adalah sebaliknya, maka tunggulah saat kehancuran kita semua!
9 comments:
“Inflation ?? Women & Micro Economy, The Dinar & Dirham Solution”
Penceramah: Umar Vadillo (Cendikiawan Islam Sepanyol)
Tempat: Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara Kuala Lumpur.
Tarikh: 6 Julai 2008 (Ahad)
Waktu: 5 petang.
Semua dijemput hadir....
Salam,
Mendalam maksudnya keliru ni...sekarang ni pun memang kita semua tgh dalam keadaan keliru..isk
Kita memang bertuah jd penulis di Malaysia. Kalau la setiap rencana kita dalam blog dibayar RM10, dalam setahun kita boleh jadi jutawan. Cukup banyak isu yg boleh kita tulis. Tambah pulak isu yg mengelirukan. Phehh... meriah.
Tokmad rasa orang melayu sekarang ini menghadapi sindrom 'keliru identiti'. SEBAB itu ada 'melayu liberal' yang terdiri dari generasi baru yang tidak meyelami semangat kemerdekaan. Mereka ini lahir dalam' gundi beras' yakni mereka tidak tahu apa itu erti susah. Jesteru, mereka suka dan memuja 'kesamarataan' yang akibatnya sangat dasyat kepada bangsa melayu..fikirkanlah..
Akar umbi
Sebenarnya kita yang membuat diri kita keliru sebab kurang berilmu, menerima apa saja yang diberi kan tanpa bertanya, tanpa mencari fakta sendiri,taksub tak tentu hala. Ini memang sikap, kelemahan orang melayu. Jadi bangsa lain pun ikut keliru
Bila semua keliru, Malaysia jadi lah huru hara dan HiruBiru !
DatOK ZeQ
Kelana Jaya Selangor
Kalau kita keliru, maka politikus durjana telah pun berjaya memainkan drma mereka dengan jayanya. Bagi saya,kita kena sedar bahawa kitalah majikan bagi politikus. Kenapa saya berpendapat begini?
Saya ambil contoh PakLah, siapa yang lantik dia sebagai PM? Bukan kita tapi Dr. M. Kenapa kita yang jadi mangsa? Kerana kita terlalu mudah dipermainkan.
http://harimau-menaip.blogspot.com/
Salam Saudara,
Tidak perlulah keliru sangat,sebab yang kecoh kecoh ini hanya kerana ada seseorang yang hendak sangat jadi PM.
Itu saja.
Kita rakyat biasa ini, tunggulah kalau ada rezeki dia, jadi PM menjelang 16-9-2008 ini, jadilah dia PM. Kalau dah tak de, dia goncang satu Malaya pun - abuk saja yang dia akan dapat.
Dulu pun dah 'dalam tangan' dia title PM ni selama 16 tahun. Namun apa nak dikata, Takdir Allah swt mengatasi segala-galanya. DIA kata tak jadi, maka tak jadilah. Maka walau dah 16 tahun 'dalam tangan' terlepas jugalah..
WaAllahuAlam.
Saudara Azlan@AkarUmbi,
Terima kasih & JazakumuLlahu Khairan Kathira kepada Saudara Azlan kerana menyebar-luas Blog saya itu.
Untuk memecah kekeliruan kita kadang-kala terpaksa masuk dan meredah kekeliruan itu. Tetapi, bekal yang secukupnya perlu ada agar tidak terjebak di dalam kekeliruan dan tidak bisa keluar. Cuma, perkara yang ditakuti ialah kita akan berpindah dari satu ikut-ikutan (taklid) ke satu ikut-ikutan (taklid) yang lain. Dan paling ditakuti lagi ialah ikut-ikutan dalam kekeliruan seperti kata-kata Imam Al-Ghazali rahimahuLlah, "sesetengah orang berpindah daripada taqlid dalam kebenaran kepada taqlid dalam kekeliruan",(Tahafutil Falasifah: Al-Ghazali).
Kebanyakan dari penulisan saya ini adalah bertumpu kepada falsafah tersebut kerana di zaman-zaman yang lalu manusia-manusia seperti Jamaluddin Al-Afghani dan Muhammad Abduh, antaranya, sangat membenci para pentaqlid kebenaran sehingga mereka disisih dari Arus Perdana Ummat Islam. Dan jatuhnya Al-Khilafah yang menjadi penerus agenda Allah dan RasulNya. Tetapi, Afghani dan Abduh kemudiannya menjatuhkan Ummat ke dalam bertaqlid terhadap kekeliruan yang amat dalam kekeliruannya. Inilah fitan/fitnah yang dimaksudkan oleh Nabi sallaLlahu 'alaihi wassalam.
Seorang lagi makhluk Allah iaitu Anwar Ibrahim kini juga mengambil jalan yang sama dengan Afghani dan Abduh dan saya sedang menangani pendetailan berhubung perkara ini, dengan izin Allah subhanahu wata'ala.
Saudara boleh ke Blog saya berhubung perkara itu.
Sekian, terima kasih dan walLahu 'alam.
Wassalamu'alaikum,
Al-Faqir-ilaLlah KorbanDemokrasi
salam tuan,
setuju dengan tuan, keliru adalah untuk mereka yang tidak berpendirian... dan orang yang berpendirian itu sebenarnya boleh jadi keliru bila terdapat ruang kosong untuk dimanipulasikan....menjadikan mereka orang-orang yang kurang berpendirian....
Post a Comment