Saya yakin hal ini akan lebih menimbulkan kecelaruan dan mendorong kepada sikap berpuak-puak di dalam sesebuah kampung. Walhal, berbeza dengan keadaan di bandar, masyarakat kampung lebih terdedah dengan semangat kemasyarakatan yang tinggi yang selaras dengan konsep berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing. Sanggupkah kita melihat perkara-perkara ini kita korbankan hanya kerana perbezaan politik? Lumrah bagi masyarakat di luar bandar untuk menziarah jiran-jiran bila sakit atau kematian, bergotong royong memperindahkan kampung dan tolong-menolong dalam kenduri kendara.
Namun begitu saya, saya memahami hasrat kerajaan Persekutuan agar segala bentuk peruntukan dan bantuan dapat disalurkan secara langsung kepada rakyat. Bagi tujuan tersebut, saya berpendapat adalah lebih molek sekiranya dilantik seorang 'Penolong Pegawai Pembangunan Mukim' yang berfungsi dan berperanan seperti Penghulu/Penggawa yang dilantik oleh kerajaan Negeri. Justeru, persaingan yang akan timbul hanya akan melibatkan individu-individu yang mewakili majikan masing-masing. Berbanding persaingan JKKK dengan JKKP, maka akan wujudlah persaingan institusi dan mendorong kepada perpecahan dan kecelaruan dalam masyarakat sesebuah kampung. Akhirnya keharmonian dan kesejahteraan akan terkorban, menang jadi abu dan kalah jadi arang!
P/s Oleh kerana entry ini sering dikunjungi saya syorkan untuk membaca isu yang berkaitan di S I N I.
6 comments:
Assalamualaikum Sdra Azlan,
Sdra berhak mempunyai pengamatan sebegitu terhadap penubuhan tersebut.
Kalau disandarkan dgn pengalaman kehidupan, ada logiknya 'kerisauan' Sdra itu.
Apapun, atas dasar berlaku adil kpd niat si penubuhnya dan bersangka baik kpd matlamatnya, sy mengambil sikap berpositif dgn penubuhan ini.
Sekadar pendirian peribadi.
Sdr Zul
Sanggahan saya terhadap idea tersebut lebih kepada menjurus kepada 'consequences' yang bermungkinan berlaku ke atas masyarakat setempat. Namun dari segi matlamat, tidaklah saya pertikaikan. Justeru itulah saya mencadangkan jawatan baru tersebut. Tambahan pula, dari segi kos perlaksanaannya, Kerajaan Persekutuan dapat mengurangkan peruntukan. Secara perbandingan, gaji seorang pegawai mukim RM2,000 dengan elaun Pengerusi JKKP RM600 X 5 (anggaran 5 pengerusi utk 1 mukim), bermakna kerajaan dapat jimat RM1,000. Tambahan pula jika berlaku krisis, ia hanya melibatkan individu dan tidak melibat puak-puak dalam masyarakat setempat.
Begitulah lebih-kurang rasional disebalik cadangan saya.
Terima kasih diatas komen saudara.
perkara ini seharusnya diambil perhatian sejak dahulu lagi.
Salam Azlan,
Terima Kasih kerana melawat Blog Mak Cik. Terima Kasih juga kerana membetulkan fakta tetang tahun Allahyarham Tun Razak meninggal duni, mungkin Mak Cik tersilap dengan tahun Allahyaraham P Ramlee meninggal dunia.
Apa apa pun Mak Cik masih teringat menonton tv di rumah, dengan Arwah Mak Angkat Mak Cik. Memang kami tunggu siaran berita dan menangis bergenang air mata melihat jenazah beliau tiba di tanah air dan bila melihat Toh Puan Raha berpelukkan dengan salah seorang kakak atau adiknya.
Begitulah sayangnya kami kepada pemimpin Negara pada waktu itu. Terasa benar kehilangannya dan seluruh keluarga sugul beberapa hari...
Salam Sdr Azlan,
Terima kasih mengunjungi blog saya. Terus menulis dan jadi pengkritik sosial yang berwibawa. Suara blog saudara memang bernyawa.
Dalam isu ini saya setuju dengan saudara. Saya juga turut memberikan komen mengenainya dalam blog Menteri Kemajuan Luar Bandar tetsebut. Apa yang pasti perpaduan warga kampung akan berpecah satu pihak mewakili kerajaan persekutuan dan satu lagi mewakili kerajaan negeri.
Saya khuatir ini akan lebih memecahbelahkan permuafakatan Melayu. Lihat sejarah royalti minyak bagi Terengganu. Dahulu tarik balik letak pada Persekutuan melalui peruntukan wang ihsan. Kini beri kembali pada kerajaan negeri. Imej Persekutuan nampak tidak konsisten dan amalan politik kepartian sempit nampaknya makin parah.
Post a Comment