Wednesday, January 2, 2013

Setinggan Tertipu Janji Anwar : Tolak Rumah Flat, Mahu Rumah Teres - Akhirnya Banglo Yang Muncul


Sejurus mengambilalih pentabiran Selangor, pada 17/3/2008 pemimpin-pemimpin besar PR termasuk DS Anwar Ibrahim datang ke penempatan setinggan Kg Rimba Jaya (Seksyen 16 Shah Alam).

Kg Rimba Jaya dikatakan sebagai antara faktor kekalahan BN, apabila segelintir setinggan di sana enggan berpindah ke Flat Kos Rendah yang disediakan oleh pemaju. Maka ini telah dijadikan isu oleh PKR, PAS dan DAP.

Kehadiran Anwar bersama MB Selangor Khalid Ibrahim, MP Shah Alam Khalid Samad, Adun Batu Tiga Rodziah Ismail telah memberikan harapan baru, tetapi palsu. Mereka menjanjikan rumah teres kepada para setinggan berkenaan.


Hampir 5 tahun berlalu, bayang rumah seunit rumah teres pun tak nampak. Sebaliknya, rumah mewah yang tegak dan diluar kemampuan setinggan untuk memilikinya.

Lihat foto-foto rumah yang diluar kemampuan setinggan ditapak asal Kg Rimba Jaya yang sekarang dikenali sebagai Ken Rimba, dipetik dari Beautiful Nara:-

ken bangsar

ken bangsar

ken bangsar

Salahuddin Tolak 'Amanat Hadi' Sebagai Doktrin - Apakah Ia Dianggap Dakyah PAS?


Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menegaskan bahawa 'Amanat Hadi' bukan doktrin mahupun dokumen rasmi PAS. Sebaliknya, Salahuddin sekadar ucapan dan bukan pegangan rasmi PAS.

Dalam kenyataannya kepada Antara Pos, Salahuddin menyebut,
"Kami sendiri pun tidak pernah mengangkat ucapan ustaz (Abdul) Hadi itu sebagai satu amanat. 
"Tidak pernah...sejak bila pula ada keputusan parti mengangkat ia sebagai satu amanat yang mesti dijadikan satu doktrin oleh PAS. Itu hanya satu ucapan dalam satu ceramah ustaz hadi di Banggol Peradong dalam pertengahan tahun 80-an." 
Persoalannya, jika 'Amanat Hadi' hanya sekadar ucapan dan bukan doktrin, apakah selayaknya ia dianggap sebagai dakyah?

Saya yakin bahawa kenyataan Salahuddin ini tidak akan dapat merungkai apa yang terpendam dalam sanubari sebahagian besar dari pengikut totok PAS.

Baca SINI untuk mengetahui tafsiran 'Dakyah Hadi' mengikut perspektif akar umbi pengikut-pengikut PAS.

Tuesday, January 1, 2013

Sessi Cikgu Non Tanya, Tuan Guru Hadi Tak Jawab


Bila membaca buku 'Kafirkah Aku?' hasil tulisan C.N Al-Afghani a.k.a Cikgu Non, saya membayangkan adanya rancangan ala-ala 'Tanyalah Ustaz TV9' yang dikendalikan Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang.

Akan tetapi, bila hingga kehari ini tiada respons dari Hadi, ia bagai satu sessi 'Cikgu Non Tanya, Tuan Guru Tak Jawab'.

Antara persoalan yang dilontarkan oleh Cikgu Non dalam bukunya,
"........Dalam satu ucapan di Johor Baharu awal 1980an, Ustaz Haji Hadi ada menyebut 
'Kita letakkan calon PAS untuk bertanding di Johor Baharu ini, bukanlah semata-mata untuk mencapai kemenangan. Kalau kita nak menang, kita tidak akan letak di sini, kerana kita sedar bahawa di Johor Baharu ini, adalah kubu UMNO yang tidak mungkin kita boleh menang. Tetapi kenapa kita letak calon di sini? Tidak lain adalah untuk menyelamat akidah saudara kita. Telah menjadi tanggungjawab kita, perjuangan kita untuk menyelamatkan akidah saudara kita,  walaupun hanya ada seorang pengundi PAS di sini. Kita perlu selamatkan akidahnya. InsyaAllah, inilah peranan kita, peranan Parti Islam SeMalaysia, PAS'. 
Apakah maksud menyelamatkan akidah saudara kita dalam petikan di atas? Secara mudah, maksudnya agar jangan ada orang Islam mengundi BN/UMNO, kerana akidah mereka tidak betul. Dengan mengundi PAS, akidah seseorang itu selamat dari menjadi kafir......" - (muka surat 25)

Cikgu Non turut menyifatkan 'Amanat Hadi' sebagai memberi kesan mendalam terhadap tarbiah kepada ahli-ahli PAS. Beliau selanjutnya menulis,
".......Dengan amanat dan ceramah keras dari Datuk Seri (Hadi) membuatkan saya derhaka kepada ibubapa, menyebabkan saya putuskan hubungan keluarga dengan saudara kandung, menyebabkan saya hingga merancang membunuh PM dan pimpinan UMNO........." - (muka surat 45)
Lantaran perubahan antara Hadi dulu dan Hadi sekarang, Cikgu Non menyarankan,
"...... maka Datuk Seri (Hadi) harus tarik balikamanat tersebut dan isytihar secara terbuka bahawa UMNO tidak kafir disisi Islam....." - (muka surat 48)
Adapun, saranan Cikgu Non tersebut didorong atas rasa bersalah dengan suasana politik PAS hari ini yang bersekongkol dengan PKR dan DAP. Beliau seterusnya meluahkan,
"Dengan ini juga memudahkan lagi kami yang dalam dilema ini berlepas diri dari ikatan amanat tersebut. Memudahkan kami memohon maaf kepada saudara kandung dan ahli keluarga, jiran tetangga, orang kampung, rakan sekerja dan juga pimpinan UMNO yang dikafirkan satu masa dulu." - (muka surat 48)
Kesimpulannya, buku 'Kafirkah Aku?' adalah tertumpu kepada 'Amanat Hadi' yang diucapkan diawal kemunculan Hadi dalam hiraki kepimpinan PAS diawal 1980an. Sesungguhnya, menurut pandangan Cikgu Non amanat berikut telah membawa banyak kerosakan kepada perpaduan Islam di Malaysia.


Dapatkan naskhah 'Kafirkah Aku?' melalui tempahan di bawah.

KAFIRkah Aku?

Pengakuan Cikgu Non - Pernah Rancang Bunuh Dr Mahathir Kerana Taksub Dengan Amanat Hadi


Penulis buku 'Kafirkah Aku?' C.N Al-Afghani atau lebih dikenali sebagai Cikgu Non mengaku bahawa beliau pernah merancang untuk membunuh Tun Dr Mahathir yang ketika itu masih menjadi Perdana Menteri.

Memetik kandungan buku tersebut di muka surat 31-32, Cikgu Non menulis,
"Saya amat mendendami PM ketika itu, kerana Tun Dr Mahathir pernah menghin undang-undang hudud. Juga kerana Tun bertanggungjawab terhadap pembunuhan orang kampung dalam tragedi Memali. Hingga ada perancangan membunuh PM atau mana-mana pemimpin UMNO, juga orang kafir yang terang-terang anti Islam. Kami mengawasi pergerakan PM, kalu boleh mahu cipta sejarah seperti di Mesir. Presiden Jamal Nasir ditembak mati kerana dianggap pemimpin zalim terhadap gerakan Islam di sana. 
Allah lebih mengetahui , Tun Dr Mahathir terselamat apabila agenda kami dapat dihidu oleh Bukit Aman. Beberapa orang dari kami ditahan bawah ISA pada penghujung 1988. Saya terlepas sebab ketika itu berada di medan jihad bumi Afghanistan."
Dalam mengaitkan tindakannya itu dengan 'Amanat Hadi', Cikgu Non seterusnya menulis,
".........menyebabkan saya merancang untuk membunuh PM dan pemimpin UMNO. Demikianlah dahsyatnya akibat dari amanat Datuk Seri Hadi....." - (muka surat 45)
"Bagaimanapun dalam usaha mencegah kemungkaran BN dibawah Tun dulu, saya memang pernah merancang untuk membunuh PM Tur Dr Mahathir. Semua ini semata-mata didorong oleh Amanat Datuk Seri Hadi dan penekanan hudud yang menjadi teras pentadbiran negara Islam yang diperjuangkan sewaktu itu" - (muka surat 75)
KAFIRkah Aku?

Monday, December 31, 2012

Sesungguhnya Allah Nak Tunjukkan Keangkuhan Hadi Awang - Mangsa Telah Bersedia Berdepan Penghinaan


Beberapa blog telah melaporkan penghinaan Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang keatas penulis buku 'Kafirkah Aku?' C.N Al-Afghani (lebih dikenali sebagai Cikgu Non), dengan melabelkan penulis buku berkenaan  sebagai seorang cikgu biasa dan hanya reti ajar ABC sahaja. Menurut blog Perigi Timur dan The Unspinners, mereka memetik kenyatan Hadi yang disiarkan oleh Buletin Utama TV3 pada 30/12/12.

Jika benar apa yang yang dilaporkan, sesungguhnya Allah s.w.t hendak menunjukkan keangkuhan Hadi Awang kepada kita semua.

Betapa tidaknya, Cikgu Non dalam salah satu perenggan pada surat terbukanya kepada Hadi, yang terkandung dalam buku berkenaan, dengan penuh tawadhuk menyatakan,
"Datuk Seri,
Biasanya orang-orang seperti saya akan ditohmah oleh ahli PAS. Mereka akan berkata banyak mana sangatlah ilmu saya untuk pertikai ulamak seperti Datuk Seri. Ilmu Dihujung kuku pun tak ada. Saya sedar diri dalam hal ini, tetapi apa yang saya bangkitkan ini, bukanlah pertikaikan kedalaman ilmu Datuk Seri, sebaliknya, perubahan sikap yang sangat membimbangkan. Semua yang saya kemukakan adalah fakta yang tidak boleh dinafikan dan ia sedang berlaku secara jelas." - (muka surat 56)
Kagum saya kepada kebesaran Allah. Hidayah telah diberikan oleh Allah s.w.t kepada Cikgu Non untuk untuk mendahului dengan jawapan terhadap  penghinaan yang bakal diterimanya. Sememangnya beliau menjangkakan tohmahan dari ahli PAS, namun tohmahan dan penghinaan yang datangnya dari Presiden PAS mungkin sesuatu yang tidak dijangka olehnya. Namun begitu, ia sudah cukup untuk kita semua menyaksikan keangkuhan Hadi.

Kalau anda tidak percaya, anda rujuklah dan dapatkan naskhah buku daripada pengedar di bawah:-

KAFIRkah Aku?

Rafizi Terkejut, Faekah Melatah - Walau Hanya Letupan Kentut Deepak


Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan Setiausaha Politik MB Selangor Faekah Husin bagai terkejut mendengar kentut Deepak Jaikishan, yang disangkakan bunyi letupan bom.

Masing-masing  cuba untuk memusingkan fakta berhubung pengambilalihan Boustead keatas tanah seluas 223 ekar di Mukim Bukit Raja, Daerah Klang yang dibeli dari Astacanggih Sdn Bhd dan Awan Megah Sdn Bhd, melalui anak syarikatnya Bakti

Rafizi dalam kenyataan medianya mempertikai kewajaran pembelian tersebut dan memberi angka RM160 juta sebagai pembelian keatas tanah berkenaan. Sekiranya benar dakwaan Rafizi, bermakna harga seekar ialah lebih kurang RM717,500.

Samada pembelian tersebut berbaloi atau tidak, mari kita periksa lokasi tanah berkenaan melalui 'Google Map' di bawah:-


Kawasan berlorek merupakan kawasan tanah yang diperdebatkan.

Tanah berkenaan adalah dibawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), yang merupakan sebahagian dari Seksyen U12, Shah Alam. Kawasan kejiranannya terdiri dari Setia Alam (Seksyen U13), Seksyen 7 Shah Alam (dihubungkan dengan terowong di bawah lebuhraya NKVE), disamping Bandar Bukit Raja dan Bandar Baru Klang (dibawah kawasan Majlis Perbandaran Klang) yang berada di sebelah barat. Umumnya, kawasan kejiranannya adalah kawasan golongan menengah dan elit.

Secara perbandingan, di kawasan selatan MBSA kampung tradisi Batu 7, Jalan Kebun (Seksyen 33 Shah Alam) yang bersempadanan dengan Kota Kemuning (yang jenis pembangunan hampir serupa dengan Setia Alam), harga seekar tanah mencecah hingga RM1 juta.

Ini bermakna bahawa harga RM717,500 yang dibeli melalui Bakti Wira adalah lebih rendah.

Dalam kenyataan yang berasingan, Faekah Husin mendakwa tanah tersebut telah digazetkan sebagai kem tentera. Faekah turut memberi tahu bahawa Kerajaan Negeri Selangor akan menyiasat perkara tersebut dan membayangkan bahawa MB TS Khalid Ibrahim akan menghentikan transaksi berkenaan. Faekah dalam kenyataannya  itu cuba memutar belit fakta, seolah-olah tanah itu dianugerahkan kepada Awan Megah oleh Kerajaan Persekutuan.

Bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Faekah, hakikatnya tanah berkenaan adalah balasan (pembayaran yang tidak melibatkan kewangan) keatas projek penswastaan yang diperolehi Awan Megah bagi membina Pusat Kajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) di Rawang, yang telah diluluskan pada 1997.

Isu projek Puspahanas pernah didedah dan diulas oleh MP veteran DAP Dr Tang Seng Giaw dalam blognya pada 21/7/2006.

Beliau menulis,

Kenyataan Tan di atas adalah lebih rasional, iaitu dengan memaklumkan kekangan-kekangan yang dihadapi oleh Awan Megah dan beliau turut memberi cadangan membina terhadap projek berkenaan.

Berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Rafizi dan Faekah, mereka nampaknya lebih menggembar-gemburkan isu, tanpa bersandarkan fakta terhadap isu yang mereka sensasikan.

Oleh kerana projek berkenaan diluluskan pada tahun 1997, ini bermakna Ketua Umum PKR DS Anwar Ibrahim turut terlibat dalam kelulusan tersebut. Malah Dato' Chua Jui Meng juga merupakan anggota kabinet pada waktu berkenaan.

Oleh kerana pihak pembangkang khususnya PKR, memutar belitkan fakta maka untuk lebih jelas, rujuk kepada keputusan penghakiman Hakim Mahkamah Tinggi Zabariah Mohd Yusof dalam kes Astacanggih lwn Kerajaan Malaysia & 3 yang lain di SINI.

Demi Malu Dengan Allah, Penulis Bakar Ratusan Naskhah Buku Yang Memuji Nik Aziz


Buku "KELANTAN - Sesejuk Wajah Tuan Guru" adalah hasil tulisan C.N Al-Afghani, diterbit  dan diedar oleh Penerbitan Al-Jihadi, 1999.

C.N Al-Afghani atau nama sebenar Zainon bin Ismail turut dikenali sebagai Cikgu Non.

Beliau pernah menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Padang Terap (1986) dan menduduki kerusi Exco DPP Kedah antara 1991 - 1997.

Buku "KELANTAN - Sesejuk Wajah Tuan Guru" ditulis oleh Cikgu Non adalah bertujuan untuk (kononnya) menyanggah fitnah terhadap Kelantan yang ditadbir oleh PAS melalui MB TG Nik Aziz Nik Mat.

Saya membuat carian terhadap buku tersebut untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang terkandung dalam buku tersebut dan terjumpa petikan di bawah dari sebuah blog (hisham79).

Cebisan dari pemilik blog berkenaan yang ditulis pada 16/6/2010 jelas menyatakan kekesalan bila fakta buku berkenaan bercanggah dengan apa yang dilihatnya.

Namun, suatu perkara rahsia yang tidak diketahui oleh pemilik blog berkenaan, bahawa hanya setahun selepas buku tersebut diedarkan, penulis buku berkenaan (Cikgu Non) telah membakar ratusan naskhah baki buku tersebut.

Puncanya, Cikgu Non berasa begitu malu pada Allah kerana buku nukilannya yang bertujuan untuk menaikkan imej Nik Aziz, begitu tersasar dari kenyataan. Malah, Cikgu Non mengaku telah menerima sepucuk surat yang panjang lebar isi kandungannya, dari seorang bergelar 'Dato' kelahiran Kelantan yang bermastautin di Kuala Lumpur yang menegur hasil tulisannya tersebut.

Dalam buku terbaru Cikgu Non "Kafirkah Aku?" (2012), beliau menulis;
"Saya bersama keluarga menginap di motel sebelahan Pejabat PAS Kota Bharu. Bilik airnya berkongsi dengan penghuni bilik lain. Ketika melintas ke bilik air saya terlihat sebuah bilik yang pintunya dibuka luas. Dalam bilik itu terdapat beberapa pasangan remaja (mungkin pelajar kolej) yang kelihatan sedang berbincang hal pelajaran. Si perempuannya tidak menutup aurat.
Bila pulang ke kampung, baki beberapa ratus buku 'Kelantan - Sesejuk Wajah Tuan Guru', saya terus bakar. Malu saya dengan Allah." -( muka surat 22)
Anda boleh mengetahui keseluruhan cerita Cikgu Non melalui buku tersebut.

KAFIRkah Aku?