Tuesday, July 28, 2015

4 Ahli Parlimen Hilang Kelayakan Duduki Jawatankuasa Kira-Kira Kewangan Negara


Rombakan kabinet oleh PM DS Najib Razak bukan sahaja menyaksikan gugurnya beberapa tokoh termasuk TS Muhyiddin Yassin, namun ia turut membawa kepada hilang kelayakan 4 orang Ahli Parlimen sebagai anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri, disamping 2 orang anggota PAC iaitu DS Reezal Merican (Timbalan Menteri Luar) dan Datuk Mas Ermiyati Samsudin (Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan).

Sementara itu seorang lagi anggota PAC Datuk Madius Tangau lebih bernasib baik, apabila dilantik sebagai menteri penuh bagi portfolio Sains, Teknologi dan Inovasi.

Bermakna, siasatan terhada isu 1MDB bakal tertangguh, sementara menunggu perlantikan Pengerusi dan 3 lagi anggota Jawankuasa berkenaan.

7 comments:

Anonymous said...

Najib is so clever buying time... that's why I don't trust Najib anymore. He lost his credit....

Anonymous said...

Belit Najib lebih kuat...

Anonymous said...

cash is king..

Anonymous said...

Najib memang cerdik

Dia memang patut jadi PM

Teruskan memerintah negara...

Dia pembela rakyat

Anonymous said...

Beli ahli PAC supaya rahsia tidak terbongkar.

By now patut semua dokumen PAC telah dicaveat. Takut2 dimusnahkan.

Anonymous said...

Seni politik, org politikpun kekadang x dpt baca. Nampak lembik, kurang bermaya ttp dgn penuh seni segala musuh dan bakal musuh dipancung atau dibeli..hahaha

Anonymous said...

Anon 12:07 AM

You think so? KARMA is a BITCH! When the time comes the return is 10 fold or worst. That you can bet on it, its GUARANTEED!