Tuesday, October 7, 2014

Sembelih Hadi Awang & Majlis Syura Ulamak Jadi Saranan Ahli Parlimen PAS Sempena Hari Raya Korban


Dengan memilih tarikh sambutan Hari Raya Korban untuk siaran artikel tulisannya, Ahli Parlimen PAS Sepang Mohamed Hanipa Maidin menulis di Malaysiakini, dengan luahan kurang keyakinannya terhadap Islam sebagai mampu menarik sokongan kepada PAS.

Sepatutnya sambutan Hari Raya Korban wajar dimeriahkan dengan takbir 'Allahu Akbar', sebaliknya Hanipa menempelak Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulamak sebagai 2 entiti yang membawa kepada 'kelam kabut' kepada Pakatan Rakyat.

Dalam merujuk kepada isu MB Selangor, Hanipa berpandangan bahawa bahawa 2 entiti berkenaan telah gagal untuk menunjukkan teladan yang baik dalam mendepani krisis, yang akhirnya menghakis keyakinan terhadap PAS.

Tanpa silu, Ahli Parlimen Sepang itu mencadangkan betapa PAS perlu 'diremajakan' dalam konteks memulihkan keyakinan rakyat terhadap PAS.

Apabila Hanipa menggunakan istilah 'rejuvenation' (peremajaan), dengan sendirinya ia membawa maksud bahawa dengan penampilan bercirikan Islam (jubah dan serban) dan pembawaan idealisme Islam sudah tidak relevan bagi PAS untuk berada dalam arus perdana politik negara, apatah lagi untuk duduk bersama Pakatan Rakyat.

Lebih dari itu, Hanipa memaksudkan bahawa selagi Hadi menjadi Presiden dan Majlis Syura Ulamak masih berkuasa dalam PAS, maka ia akan berterusan menghalang langkah Pakatan Rakyat ke Putra Jaya. Justeru, kedua-dua entiti itu sewajarnya di'korban'kan.

3 comments:

Anonymous said...

Kalau dah takde imej Islam tu, apa beza PAS Remaja dgn UMNO?

Anonymous said...

Mestilah UMNO berkali-kali ganda bagus, sudah berjasa kepada negara n rakyat,untuk islam dibangunkan beribu mesjid, islamic banking, halacorp, univ islam dan macam-macam lagi bercirikan islam PAS dah buat apa, ceramah ceramah ceramah maki hamun kutip duit dalam topi, tin milo.bersatulah. kalau ada yang tidak betul betulkan dari dalam, berkerjasama dengan DAP/PKR ada apa, rasuah tak dapat lari juga, lgbt, cina dol, allah utk kristian, macam-macam kerenah. Tidak perlulah jadi hamba atau penyokong totok Anwar selama-lamanya.

Anonymous said...

Pendek kat PAS memang barua dalam Pakatan.