Wednesday, October 8, 2014

3 Wakil Rakyat PAS Dari Kelantan, Terengganu & Pahang Ambilalih Tugasan Wakil Rakyat PAS Khalid Samad Di Selangor


Usahkan berpiket, menulis sepucuk surat pun sudah tidak termampu dilakukan oleh Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad dalam menyelesaikan isu pesta minum arak 'Oktoberfest' di Selangor.

Malah lebih teruk lagi Khalid sekadar mampu berkata, "Kalau mereka nak bermandikan beer sekalipun, apakah awak ada masalah?".

Ketidak mampuan Khalid sebagai wakil rakyat PAS dalam menegur pihak berkuasa negeri dalam isu 'Oktoberfest', mengundang kepada pengambilalihan tugas oleh 3 orang wakil rakyat dari luar Selangor.

Dilaporkan oleh The Rakyat Post, Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan Tantawi, Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr Khairuddin Aman Razali Takiri dan Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz telah menghantar memorandum tahniah kepada Datuk Bandar Petaling Jaya, diatas arahan menurunkan iklan berkaitan 'Oktoberfest' dalam kawasan PBT berkenaan.

1 comment:

cozzibay dickson said...

Baculnya Pas kerana takut untuk memecat khalid samad apatah lagi 2 ADUN Selangor itu!!!! Bukankah Islam dan Iman khalid samad telah tercabut jika kita mengikut fahaman Pas dulu dulu ....