Friday, October 10, 2014

Selanjutnya Azmin Ali Perbodohkan Anwar & Rafizi


Perkara utama pemberhentian TS Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor adalah dikaitkan dengan tindakan mengadakan perundingan dan perjanjian pentrukturan semula industri air Selangor dengan kerajaan persekutuan.

Rafizi Ramli dalam kenyataannya berhubung dengan pemberhentian Khalid sebagai MB pernah berkata, "Seluruh penstrukturan semula industri air termasuk Langat 2 akan dikaji balik kerana (perjanjian) ditanda tangani terlalu cepat oleh Khalid,” katanya kepada Agenda Daily pada 24 Julai 2014.

Malahan ketika menerima kunjungan MB Selangor Azmin Ali bersama 4 Exco Selangor dari PKR, DS Anwar Ibrahim mengulangi kenyataan awal Rafizi, "Saya juga sokong Azmin menyemak semula kelulusan tanah yang tidak mengikut proses termasuk perjanjian penstrukturan semula industri air Selangor," lapor Sinar Harian.

Malangnya selepas 2 minggu mengangkat sumpah sebagai MB, Azmin membuat kenyataan yang begitu memeranjatkan.
"Kerajaan Persekutuan perlu memuktamadkan segera perjanjian penstrukturan air yang dimeterai dengan kerajaan negeri Selangor ketika pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana perjanjian tersebut sedang terancam," - TMI
Azmin mendakwa ancaman tersebut datangnya dari Putra Jaya, yang mungkin bermaksud ada indikasi untuk tidak meneruskan projek penstrukturan semula tersebut oleh kerajaan pusat.

Laporan TMI turut menambah, Azmin mahu isu penstrukturan air ini dimuktamadkan supaya bekalan air bersih kepada pengguna tidak lagi menjadi isu.

Mungkin menujukan kata-katanya kepada Anwar dan Rafizi, Azmin turut mengharapkan agar perjanjian (yang diinisiatifkan oleh Khalid) itu dihormati semua pihak.

2 comments:

Anonymous said...

Rasanya lepas seekor ni masuk penjara sg buloh dengan diberikan penginapan dan makan minum free selama 20 tahun., Azmin akan dapat melaksanakan tugasnye dengan baik, bebas dan senang hati.

Kerjasama dgn kerajaan pusat yg akan melonjakkan ekonomi Selangor akan dapat dilakukan dgn baik..


Kita doakan agar pengkhianat dan perosak Negara ini akan dimasukkan kedalam penjara tak lama lagi....

Lepas tu senang Azmin membuat kerja kerja "pembersihan"...

R Gelard said...

Greaat reading your blog