Patutlah pantas sangat Adun PAS Hulu Klang Saari Sungib berkejar untuk menanda tangani perakuan berkanun tidak mahukan TS Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor, rupanya ada sesuatu yang dimahunya.
Kini berlegar di alam siber sepucuk surat dari Saari yang dialamatkan kepada Pejabat MB, sejurus Azmin menjadi Dato' MB Selangor.
Surat bertarikh 26 September itu, mencadangkan agihan baki peruntukan MARRIS (Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri) kepada setiap kawasan DUN Pakatan Rakyat, dengan amaun cadangan antara RM8 Juta - RM10 Juta setiap Adun.
Semasa pentadbiran Khalid peruntukan MARRIS dari kerajaan pusat tidak digunakan sepenuhnya, sebaliknya diperap dalam rezab negeri yang dikatakan bernilai lebih RM3 bilion.
Khalid hanya menggunakan antara 55% - 70% dari purata peruntukan yang diturunkan oleh Kerajaan Pusat kepada Selangor sejak 2008, sebanyak RM350 Juta setahun.
Pada 2011 misalnya, baki terkumpul yang diperap oleh Khalid mencecah hampir RM320 juta.
Bermakna, baki terkumpul MARRIS setakat 2014 telah mencecah lebih RM430 Juta, jika didasarkan permohonan maksimum Saari yang berjumlah RM10 Juta setiap DUN. (Pakatan Rakyat mempunyai 43 kerusi dalam DUN Selangor).
Namun begitu ada 2 perkara yang menghalang Saari untuk mendapatkan peruntukan yang dipohon iaitu;
- Ketua Audit Negar pernah menegur kerajaan negeri Selangor apabila menggunakan RM5.15 Juta untuk membantu UNISEL (baca SINI) dan cadangan Saari termasuk kerja membaiki longkang.
- Saari telah digantung keahlian sebagai ahli PAS selama setahun dan dengan sendiri tidak layak mendapat sebarang bantuan dari kerajaan negeri.
2 comments:
Itu pasal la Saari sokong Azmin, rupanya ada habuan dr Azmin. Org selango tak repot SPRM ka.
Nampak mcm xde apa masalah. Mohon peruntukan adalah tugas wakil rakyat. Namun bila peruntukan besar turun ke dun, apa lg. Pakat2 makan besar la sapu projek... Tu la dia punya skil. Dulu org umno buat, sekarang tangan berkurap dan berkudis dh berpindah ke pr....
Post a Comment