Monday, October 13, 2014

Wajah Ceria Presiden PasMa Phahrolrazi Yang Bakal Duduk Dalam Majlis Presiden Pakatan Rakyat


Meskipun Majlis Syura Ulamak PAS menasihati ahli-ahli PAS supaya tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti anjuran NGO Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), melalui kenyataan Setiausahanya Datuk Nik Muhammad Zawawi Saleh semalam, namun hari ini Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi bingkas mempertikaikan larangan tersebut.

Menurut Phahrolrazi lagi, PasMa bermatlamatkan memperkukuh PR ke arah menjadi harapan rakyat Malaysia.

Ekoran dari kedegilan Phahrolrazi itu, apakah pula tindakan Majlis Syura Ulamak PAS berikutnya? Jika tindakan pemecatan diambil keatas ahli-ahli PAS yang menyertai aktiviti NGO tersebut, tidak mustahil Phahrolrazi akan berpeluang untuk duduk setaraf dengan Presiden PAS dalam Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Betapa tidaknya, dengan sikap menjunjung kasih dan taat setia kepada pimpinan tertinggi DAP dan PKR yang ditunjukkan oleh Presiden PasMa itu, masakan Pakatan Rakyat tidak akan menerima PasMa sebagai anggota ke-4nya, disamping DAP, PKR dan PAS.

Selamat maju jaya Phahrolrazi!

4 comments:

Anonymous said...

melihat senyuman itu sebagai senyuman yg akan menjahanamkan Islam dan melayu di bumi Malaysia.

Strategi Perang : Strategi #1 Bahagian 2 said...

PAS dan PKR serpihan UMNO.
PASMA serpihan PAS.
Kesimpulannya Melayu dah makin berpecah-belah.

Anonymous said...

Jenis manusiA yang gila kuasa sebenarnya dia boleh kita ketogorikan sebangai pengkianat.

Anonymous said...

muka macam ni sepatutnya tunggu masa kena panah petir aje