Monday, October 13, 2014

2 Adun PAS Selangor Yang Dijulang Sebagai Wira Oleh DAP Terima Kecaman Dari Nik Aziz


Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz hari ini menyokong keputusan Jawatan Kuasa PAS Pusat menggantung keahlian 2 Adunnya, Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) yang bertindak menyokong DS Wan Azizah sebagai MB Selangor.

Dalam kenyataan Nik Aziz yang dilaporkan oleh Malaysiakini,
"Mana-mana persatuan berbentuk politik, dalam sekolah dan kerajaan sekalipun, mesti patuh pada peraturan, tidak boleh suka-suka hati."
Sebenarnya dalam isu berpaling tadahnya kedua-dua Adun PAS berkenaan, sudah ketahap yang keterlaluan.

Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang misalnya, telah melabelkan Saari dan Hasnul  sebagai pengkhianat semasa sesi penggulungan di Muktamar PAS Pusat bulan lalu.

Sebelum hukuman dijatuhkan, mereka telah diraikan oleh DAP sebagai wira, malah salah seorang dari mereka menyatakan kesanggupan untuk menjadi calon DAP dalam pilihan raya akan datang.


Tindakan itu menimbulkan kemarahan kepada Nik Aziz dan menganggap sebagai 'tidak siuman'.

Transkrip komen Nik Aziz adalah seperti berikut:-
"Kalau dia nak keluar parti, itu dia punya pasal lah, ertinya dia akan berdepan dengan rakyat. Dulunya dia berkempen PAS, lepas tu parti lain pula, ini orang yang tidak siuman."
Bermakna kedua-dua mereka telah di'senarai hitam' dalam PAS. Jadi tunggu apa lagi? Lebih elok kalau mereka terus keluar parti dan sertai DAP.

2 comments:

Anonymous said...

NIK AZIZ KATA MESTI PATUH PADA ATURAN.

HABIS DOA UNTUK KEBURUKKAN ATAU PECAH PERUT TU PATUTH PADA ATURAN ISLAM KAH ?

MANA YANG BETUL....... FIKIRLAH

Anonymous said...

Padan muka Nik Aziz. Doa keburukan orang lain,akhirnya taik menempek ke muka sendiri.