Wednesday, September 3, 2014

PasMa Siap Sedia Ditubuhkan, Jika Nik Aziz Bubar PAS Untuk Bergabung Dengan UMNO

"Sudah berkali-kali saya mengajak UMNO agar mengubah dasar itu. Sudah berkali-kali saya sebutkan kepada pemimpin UMNO agar tinggalkan perjuangan kebangsaan dan terimalah perjuangan Islam. Kalau hari ini UMNO berbuat demikian, maka hari ini juga saya sanggup bubar PAS untuk sama-sama berjuang Islam dengan UMNO. Namun sampai sekarang mereka tidak sanggup mengubah dasar parti UMNO itu kepada dasar Islam! Di manakah duduknya roh Islam dalam UMNO? Saya tanyakan persoalan ini untuk dijawab oleh seluruh umat Malaysia," Nik Aziz (1 Oktober 2010)
Sememangnya pun dah banyak kali ungkapan itu dituturkan oleh Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz Nik Mat, malah seingatan saya ia bermula sejak awal 1980an,

Namun kalau merujuk pada hari ini, adalah amat mustahil untuk Nik Aziz meraih sokongan, kalau ditakdirkan UMNO menyahut cabaran beliau.

Dilaporkan oleh TMI, kumpulan tertentu dalam PAS telah mengadakan perjumpaan pada 31 Ogos lalu untuk menubuhkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), yang bertujuan secara langsung untuk menidakkan hasrat Nik Aziz.

Ternyata kata-kata Nik Aziz sudah tidak diterima pakai lagi oleh kalangan PAS sendiri.

Perkara ini sememangnya telah dijangka, seperti yang telah diramalkan SINI.

2 comments:

Anonymous said...

UMNO dan PAS memang pun parti orang Islam. Apa masalahnya? PAS ada orang Islam pelbagai bangsa. UMNO ada orang Islam pelbagai bangsa. Apa masalahnya? Islam ini menyatukan. Bukan memisah-misahkan. Memisah-misahkan yang sepatutnya disatukan kerja orang jahat.

Anonymous said...

Kita sokong UMNO kalau UMNO tegakkan undang Islam ..kita bubar PAS... TGNA penak sebut ni...org islam yg tak mo Islam...muslim maksiat ....